`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Thursday, April 18, 2013

HARAPAN PKR KE PUTRAJAYA BERKECAI



Saudara Pengarang,
DENGAN penyingkiran beberapa tokoh politik PKR Sabah untuk dicalonkan seperti Ansari Abdullah dan rakannya, maka harapan PR Sabah untuk menyumbang sekurang-kurangnya 10 kerusi parlimen semakin pudar.

Persoalannya, adakah situasi ini boleh mengganggu gugat Putrajaya dari cengkaman BN? Untuk menawan Sabah tidak usahlah difikirkan lagi kerana harapan PR sudah boleh diramal akan kecundang sebelum pertarungan bermula.
Adakah calon-calon yang diketengahkan oleh ketua-ketua cabang yang tidak terpilih ini akan duduk berdiam diri? Banyak opsyen yang boleh dibuat. Antaranya bertanding melalui parti pembangkang tempatan seperti SAPP dan STAR atau sekurang-kurangnya BEBAS.

Sekiranya ini berlaku, maka wujudlah pertandingan 3 penjuru yang akhirnya membawa keuntungan kepada BN. Persoalan di sini ke mana perginya ketokohan dan kehebatan Anwar Ibrahim dalam soal memilih calon?

Kenapa Anwar tidak bawa ketua-ketua cabang ini berbincang bagi menyelesaikan kemelut ini? Apakah penyokong PKR di Sabah percaya 1005 % dengan kepimpinan Tamrin?

Mengikut sumber yang boleh dipercayai, kebanyakan calon PKR Sabah adalah proksi atau orang Tamrin. Sekiranya ini benar, maka ia satu kerugian yang tidak ternilai kepada PKR Sabah yang sememangnya mempunyai harapan dan peluang untuk menang tapi malangnya harapan dan peluang itu dimusnahkan dan dihancurkan. Apa pun keadaannya, mari kita sama-sama lihat keputusannya pada 5 mei nanti.

Salam Hormat,

PENGUNDI ATAS PAGAR

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.