`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Wednesday, April 10, 2013

DALANG TANDUO SUDAH DIKENALPASTI





Oleh : AMIR ANUAR

TAWAU: Pihak ketiga yang mendalangi tindakan pencerobohan pengganas Jamalul Kiram III di Kg Tanduo, Lahad Datu dan beberapa lokasi lain di Sabah sudah dikenalpasti namun masih memerlukan bukti untuk ‘mengheretnya’ ke muka pengadilan.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata disyaki ada individu tertentu yang menjadi dalang dalam insiden terbabit dan mahu menyerahkan Sabah kepada pihak Sulu atas kepentingan politik.
“Kita sudah mengenalpasti ada seseorang dari Sabah yang pernah bertemu dengan Jamalul Kiram III dan dua lagi dari Semenanjung yang menawarkan Sabah untuk mereka kerana ada dalang besar ‘di belakangnya’,” katanya.

Zahid berkata demikian semasa berucap di Majlis Ramah Mesra Menteri Pertahanan Bersama Warga Angkatan Tentera (ATM) Zon Tawau di Kem Batalion Ke-Tujuh Rejimen Askar Melayu Diraja (7-RAMD), Batalion Infantri Standard, Kem Kubota di sini kelmarin.

Menyentuh hal berkaitan, beliau berkata semua pihak harus mengenepikan perbezaan politik dan pandangan masing-masing demi keselamatan dan pertahanan negara daripada diganggu-gugat pihak luar.

“Kita harus berjanji bahawa walaupun berbeza pandangan politik, berbeza pegangan parti politik, tetapi dalam soal kedaulatan, keselamatan dan pertahanan negara, tidak (perlu) ada kompromi.

“Janganlah kerana mahu memenuhi nafsu serakah bagi mencapai cita-cita politik hingga sanggup menggadaikan negara,” katanya sambil meminta rakyat supaya tidak berkompromi jika ada pihak yang cuba menggadaikan kedaulatan negara.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.