`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Thursday, April 18, 2013

DAP tindas kaum India


Ramai bekas wakil rakyat berbangsa India yang digugurkan daripada menjadi calon PRU-13, dakwa John Fernandez.
SEREMBAN: Penyandang kerusi Parlimen Seremban, John Fernandez menyifatkan DAP menindas kaum India di dalam parti tersebut.
Beliau mendakwa ramai bekas wakil rakyat berbangsa India yang digugurkan daripada menjadi calon Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU- 13).
“Selain daripada Karpal Singh, M Kulasegaran dan Gobind Singh Deo, DAP masih belum mengumumkan mana-mana calon berbangsa  India untuk kerusi Parlimen di seluruh negara.
“Ada pemimpin DAP Negeri Sembilan yang kata kononnya mereka tidak perlu lagi undi kaum India dan boleh menang pilihan raya  dengan undi kaum Cina sahaja.
“Malah sebenarnya pemimpin DAP Negeri Sembilan yang meminta saya agar tidak mempertahankan parlimen Seremban.
“Pengakuan saya sebelum ini bahawa saya tidak mahu bertanding di parlimen Seremban kerana sibuk dengan kerjaya saya sebagai  peguam dan tidak ada masa dengan keluarga, hanyalah sebuah wayang,” kata John.
Enam calon bebas
John mengumumkan beliau akan bertanding sebagai calon bebas di parlimen Seremban dan akan memfailkan nama beliau pada hari  penamaan calon pada 20 April, hari Sabtu ini.
John juga mengumumkan beliau telah meletak semua jawatan dalam DAP dan telah keluar dari DAP serta merta.
Timbalan Pengerusi DAP Nilai Perdana, S Rajashegar pula mempertikaikan kenapa DAP tidak mengantikan John dengan seorang lagi  calon berbangsa India untuk bertanding di parlimen Seremban.
“Kalau ia pun DAP tidak mahu John di parlimen Seremban, kenapa mereka tidak mengantikan John dengan seorang calon berbangsa  India?
“Saya difahamkan kemungkinan besar DAP akan menurunkan seorang calon berbangsa Cina di Seremban. Saya bukan bersifat  perkauman tetapi hanya mahu mempertahankan hak dan suara India di Parlimen.
“Jika sah pada hari penamaan calon yang bertanding di parlimen Seremban ialah bukan calon berbangsa India, maka masyarakat India  Negeri Sembilan sudah hilang satu suara di Parlimen. Ini satu kerugian besar kepada masyarakat India di Negeri Sembilan,” kata  Rajashegar.
Rajashegar akan bertanding sebagai calon bebas di DUN Nilai.
Tidak ada tempat
Sementara itu seorang lagi bekas ahli DAP, S Vijayan juga menggangap pemimpin India tidak ada tempat di dalam DAP.
“Saya sudah berjuang 24 tahun di dalam DAP. DAP sudah menang besar dan menjadi tamak. Mereka sudah tidak perlukan undi kaum  India.
“Saya akan bertanding di DUN Bukit Kepayang untuk tamatkan keangkuhan mereka (pemimpin DAP),” ujar Vijayan.
Dalam sidang akhbar yang sama turut diumumkan tiga lagi calon bebas yang akan bertanding pada PRU-13 nanti.
Peguam Hindraf, S Kartigesan akan bertanding di DUN Senawang, R Sasikumar di DUN Temiang dan S Daniel di DUN Port Dickson.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.