`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Friday, April 12, 2013

JAMBATAN KG TIGASA DIHANYUT BANJIR




HANYUT.....Sinuti Sipitang menunjukkan jambatan yang dihanyutkan air banjir Sungai Punteh.

Oleh: JACOB BALANG
SOOK: Penduduk di kawasan Mukim Dalit merangkumi 24 buah perkampongan termasuk SAFODA dan SLDB terputus hubungan lagi apabila jambatan menyeberangi Sungai Punteh Kg Tigasa dihanyutkan air banjir tengah malam rabu, menambahkan kebosanan dan keresahan penduduk bilakah masalah mereka akan berakhir.

Jambatan yang diperbuat daripada kayu itu mungkin memakan masa beberapa minggu untuk dibaiki atau kerajaan khususnya Jabatan Kerja Raya (JKR) terpaksa membina sebuah laluan alternatif lain disitu bagi membolehkan kenderaan yang terkandas di seberang (daripada Mukim Dalit) turun ke bandar.
“Kalau sekadar untuk turun ke bandar bagi urusan berbelanja atau ke hospital mereka boleh juga turun disini (tempat jambatan runtuh) kemudian sambung ikut kenderaan lain ke bandar...tetapi bagaimana pula kenderaan besar seperti lori pengangkut buah sawit dan minyak yang terkandas di situ.

“Tidakkan pula kelapa sawit terus dibiarkan di sana kerana selagi buah itu terus tersimpan di situ kualiti perahan minyak akan susut...(jadi) kami minta kerajaan buatlah sesuatu tindakan yang cepat,” tegas Sinuti bin Supitang 59, pada Khamis, bekas Pengerusi JKKK Kg Punggul Mukim Dalit yang juga salah seorang pemilik kenderaan yang turut tersadai disitu.

Selain itu, menurut seorang lagi pemimpin masyarakat KAN (Ketua Anak Negeri) Masinggil b. Andingus 57, jalanraya Ansip – Dalit sepatutnya sudah dinaiktaraf termasuk beberapa jambatan yang terdapat disepanjang jalanraya sejauh kira kira 40 kilometer itu, sepatutnya telah dilaksanakan sejak tahun 2008 hingga 2011 namun sehingga kini masih belum dilaksanakan.

Beliau berkata, mereka juga amat ternanti nanti bilakah kerajaan dapat merealisasikan satu program membantu meningkatkan pembangunan luar bandar seperti NKRA dibawah kelolaan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) sepertimana kerajaan telah uar uarkan sebelum ini.

BECAK..... Beginilah keadaan jalanraya yang becak dan licin.

“Masalah sebeginilah yang sering menghantui kami...bila musim hujan dan banjir pasti jambatan dihanyutkan selain jalanraya becak, licin dan berlubang-lubang.

“Setakat ini sudah lebih 5 buah kenderaan terbabas dan terbalik kerana permukaan jalanraya licin...sampai bila kami bertahan sebegini rupa,” tegasnya.

Dalam pada itu, beberapa penduduk turut meluahkan perasaan mereka termasuk salah seorang usahawan tanaman sawit dan ternakan yang terkenal yang enggan indentitinya didedahkan merasa kecewa dengan kelembapan pembangunan dilaksanakan dikawasan itu.

Selain air sungai yang senantiasa keroh tidak ubah seperti warna 'milo o' kerana aktiviti pembalakkan yang tidak terkawal tetapi juga masalah bekalan elektrik dari pusat pembekal sehingga ke Mukim Dalit di mana wayar “ HT: high tensin dan LT: low tension) sudah terpasang namun sehingga sekarang belum ada bekalan elektrik/belum beroperasi.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.