`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Friday, April 12, 2013

LAWAK PRU-13, MAHATHIR PUJI IBRAHIM ALI


Oleh: JACOB BALANG
KEMABONG: Timbalan Pengerusi Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) Sabah Sylvester Mutang Dawat, menggesa bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad supaya berpegang teguh kepada pendiriannya sebagai seorang 'statesman' dan pesara politik yang dihormati.

Beliau berkata, selepas bersara dalam politik terutamanya apabila beliau meninggalkan kerusi No.1 Negara, beliau seharusnya menumpukan kepada aktiviti kemasyarakatan domestik, mahupun luar negara daripada campurtangan dengan hal ehwal politik kerajaan.
“Kita amat terkejut apabila bekas Perdana Menteri ini terlalu sibuk mencampuri urusan politik dalaman BN khususnya Umno, ketika menjelang pilihanraya umum kali ke-13 (PRU13)...seolah-olah beliau masih aktif dalam politik sedangkan dia sudah bersara.

“Kelibat beliau itu menyebabkan ramai yang berpendapat bahawa adalah lebih baik beliau menarik balik persaraannya yang pernah diumumnya suatu ketika dulu dan bertanding semula dalam PRU13 ...lagi baik,” kata beliau dekat sini pada Isnin sebagai mengulas gelagat bekas Perdana Menteri itu sejak akhir-akhir ini.

Mutang berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Tun Dr Mahathir pada ahad yang mengagung-agungkan kepimpinan Presiden PERKASA yang juga merupakan Ahli Parlimen Pasir Mas Kelantan Dato' Ibrahim Ali, yang dipetik sebagai berkata, “If we have more individuals like Ibrahim Ali, Malaysia will be safe.”

“Saya mahu bertanya Tun M, apakah Ibrahim Ali yang banyak menimbulkan isu kontroversi sebelum ini seperti mahu membakar 'Bible' untuk penganut Kristian di Negara ini sebagai tidak berakhlak kerana menghina agama lain?" kata Mutang Lagi.

“Tindakan Ibrahim Ali memberi 'Ang Pau' kepada masyarakat Cina semasa menyambut Tahun Baru Cina pada tahun lepas dengan menggunakan sarung berwarna putih yang disifatkan telah menghina masyarakat itu juga boleh disifatkannya pemimpin baik?,” tanya Mutang.

Mutang seterusnya berkata, kelibat Ibrahim Ali di dalam carta politik di negara ini telah banyak mencalar keharmonian kesukuan lain yang pernah dilakukannya sebelum ini atas landasan perjuangan NGO yang diterajuinya, namun harus disedari dan diambilkira oleh Tun Mahathir sebelum membuat pujian tinggi melangit terhadap Ibrahim Ali.

Sebagai sebuah Negara majmuk seperti Malaysia, kenyataan Ibrahim Ali sebelum ini telah banyak mengguris perasaan rakyat berbilang kaum, khususnya di Sabah dan Sarawak; namun Ibrahim yang juga orang lama dalam politik seharusnya lebih peka dan sedar tentang sensitiviti perkauman di Negara dan seterusnya berusaha untuk mengelakkannya dari berlaku, tegasnya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.