`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!





Tuesday, April 9, 2013

JUHARI GANTI BUNG DI KINABATANGAN?



EKSKLUSIF....Juhari menjelaskan sokongan Suku Sungai kepada BN masih kekal semasa sesi wawancara eksklusif.

Oleh : SHAIMON S JUMADI Foto : SAFFIE S JUMADI
SANDAKAN : Timbalan Presiden Persatuan Bangsa Sungai Sabah (SABAS) Juhari Hj Janan menyeru kepada suku kaum bangsa Sungai bukan sahaja di kawasan Kinabatangan, Sugut, Beluran; bahkan di seluruh pelusuk Sabah agar menyokong sepenuhnya calon-calon BN yang bakal bertanding pada PRU 13 ini.

Katanya, sokongan padu yang tidak berbelah bahagi terhadap kepimpinan Barisan Nasional (BN) ini nyataBN akan dapat membentuk semula kerajaan selepas PRU 13 nanti untuk menumbangkan parti pembangkang.
Juhari berkata demikian ketika di wawancara Sabahkini.Net semasa beliau mengikuti lawatan kerja Menteri Pertahanan Malaysia Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ke Pangkalan KD Sri Sandakan kelmarin.

Beliau menambah di Sabah sahaja mempunyai 11 orang calon BN yang terdiri daripada suku Sungaiyang akan bertanding di beberapa kawasan tertentu dan diharap masyaraat suku Sungai di negeri ini agar memberikan sokongan seterusnya memberikan kemenangan besar terhadap calon-calon tersebut.

Juhari menambah, sejak Barisan Nsional menerajui kerajaan negeri Sabah pada tahun 1994 sehingga sekarang, kebajikan masyarakat Sungai dan bangsa lain terus terpelihara.

"Ini jelas membuktikan bahawa kerajaan BN di peringkat Negeri di bawah pucuk pimpinan Datuk Seri Musa Hj Aman dan juga di bawah kepimpinan peringkat kerajaan pusat, Dato Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak yang tiada noktanya terus membela rakyat dalam pelbagai aspek," kata Juhari.

Katanya lagi, mengenai manifesto ataupun akur janji yang dilancarkan baru-baru ini oleh Perdana Menteri; 90 peratus rakyat yang ada di negara ini tidak kira Melayu, Cina, India, Iban termasuk KDM; telah menyokong sepenuhnya akur janti tersebut kerana membawa kebahagian kepada semua rakyat jelata yang bergelar Warganegara Malaysia.

“Parti pembangkang seperti Pakatan Rakyat hanya pandai bercakap tapi tak serupa bikin terlalu banyak menabur pelbagai janji tetapi tidak menjadi realiti inilah kerja-kerja pembangkang yang suka menabur fitnah dan memaki hamun kafir mengkafirkan sesama sendiri, tetapi bukan semudah itu untuk meracunibuah fikiran rakyat,” ujarnya.

Dalam perkembangan berkaitan, bangsa Sungai di kawasan Kinabatangan 90 peratus mahukan Juhari Hj Janan sebagai calon Parlimen Kinabatangan pada PRU 13 untuk menggantikan tempat Datuk Bung Moktar Radin.

Dilihat dari beberapa sudut, Juhari Janan memang layak dicalonkan jika pucuk pimpinan BN/UMNO memberi laluan untuk calon Parlimen kerana mengikut sumber yang boleh dipercayai; Juhari Janan adalah seorang aktivis masyarakat dalam aktiviti belia lebih 20 tahun yang lalu dan pernah mendapat gelaran daripada kerajaan Malaysia yang bergelar 'Tokoh Belia Negara'.

No comments:

Post a Comment