`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Thursday, April 18, 2013

MACAM MANA IBRAHIM ALI! Anak Nik Aziz Tanding Kerusi Parlimen Pasir Mas


MACAM MANA IBRAHIM ALI! Anak Nik Aziz Tanding Kerusi Parlimen Pasir Mas
MACHANG, -- Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), 5 Mei ini.
Anaknya, Nik Mohd Abduh merupakan calon baharu yang akan bertanding di kerusi Parlimen Pasir Mas, PAS mengumumkan di sini Rabu malam.
Kesemua exco kerjaan negeri Kelantan dikekalkan untuk mempertahankan kerusi DUN masing-masing kecuali Datuk Takiyuddin Hassan yang dipindahkan dari DUN Bunut Payong ke Parlimen Kota Baharu.
Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa yang sebelum ini diumumkan bertanding di Parlimen Putrajaya turut mempertahankan kerusi DUN Salor.
Bagaimanapun, PAS tidak mengumumkan dua kerusi DUN iaitu Guchil dan Paloh iaitu masing-masing di Parlimen Gua Musang dan Kuala Krai.
Selain Nik Mohd Abduh, 16 muka baharu ialah Dr Ramli Mamat (DUN Bunut Payong), Rozi Mamat (DUN Tendong), Rosul Mohamad (DUN Bukit Tuku), Abdul Rahman Yunus (DUN Pasir Tumboh), Mumtaz Nawi (DUN Demit), Ruzaimi Hussin (DUN Perupok), Dr Yusman Yusof (DUN Melor), Nik Mahadi Nik Mahmood (DUN Kok Lanas), Mazlan Hasbullah (DUN Limbongan).
Tuan Mazlan Tuan Mat (DUN Gaal), Rosli Ismail (DUN Kemuning), Supli Razak (DUN Bukit Bunga), Ramlan Mat (DUN Kuala Balah), Azihan Che Seman (DUN Nenggiri), Ezani Hussin (Parlimen Pengkalan Chepa), Ahmad Marzukh Shaari (Parlimen Bachok).
Golongan muslimat yang diumumkan itu adalah Mumtaz Nawi bagi DUN Demit, Zailah Mohd Yusof (Parlimen Rantau Panjang), Wan Ubaidah Umar (DUN Kijang) dan Wan Rohani Ibrahim (DUN Tanjong Mas).
Parti Keadilan Rakyat (PKR) diperuntukkan tiga kerusi Parlimen iaitu Nik Mahmood Nik Hassan (Tanah Merah), Abdul Aziz Abdul Kadir (Ketereh) dan Wan Zawawi Wan Ismail (Machang).
Bagi kerusi DUN pula, calon PKR ialah Shahrom Ibrahim (Pengkalan Kubor), Azihan Che Seman (Nenggiri) serta Guchil dan Paloh yang tidak diumumkan lagi.
-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.