Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia Rabu, Mitrajaya, yang memiliki 20 peratus pegangan dalam RSHSB berkata ia akan menjual pelaburannya iaitu enam juta saham bagi RM10.13 juta.
Tiga pemegang saham lain RSHSB ialah Optimax Healthcare Services Sdn Bhd, Wilayah Kontact Sdn Bhd dan Registec Sdn Bhd.
Mitrajaya berkata penjualan itu tidak akan membawa kesan kepada modal saham dan pemegangan saham pemegang saham utama syarikat itu.
"Syarikat akan menggunakan hasil daripada cadangan penjualan itu bagi menyediakan bantuan kewangan kepada syarikat anak syarikat bagi memenuhi keperluan operasi perniagaan harian mereka," kata syarikat itu.
Ia berkata cadangan penjualan itu yang dijangka selesai pada akhir tahun tidak akan membawa kesan material kepada aset bersih sesaham atau nisbah gearan syarikat bagi tahun kewangan yang berakhir pada 31 Dis, 2013.
Mitrajaya berkata kumpulan KPJ mempunyai kepakaran dan pengalaman relevan bagi menguruskan hospital dan telah membuat tawaran yang berpatutan.
"Lembaga melihat cadangan penjualan ini sebagai demi kepentingan terbaik syarikat yang mana syarikat akan memperoleh keuntungan daripada pelaburan ini," kata syarikat itu.
-- BERNAMA

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.