`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Wednesday, April 10, 2013

Muhyiddin! jangan jadi budak-budak, kami pun ke sekolah juga sikit-sikit



Apa yang selalu membuat kita bingung dan merasa ‘fed-up’ ialah apabila pemimpin itu berbohong dan secara terang-terangan berdusta di hadapan kita seolah-olah kita semua ini pekak dan buta. Bertindak meremehkan usaha dan pelan pihak lain, tetapi mengambil pula pelan yang diremehkan mereka itu sebagai pelan dan perancang sendiri pula, amat mengaibkan.

Inilah yang dilakukan oleh Muhyidin Yassin dalam isu menurunkan harga kereta. Jelas-jelasnya isu penurunan kereta itu dijanjikan oleh pihak Pakatan Rakyat tidak berapa lama dahulu. Rancangan Pakatan Rakyat untuk menurunkan harga kereta itu dibidas oleh pimpinan BN khususnya UMNO dengan berbaga-bagai cemuhan. UMNO mengatakan tindakan Pakatan itu merbahayakan ekonomi negara dan berbagai-bagai lagi kata-kata nesta yang terhambur dari mulut pimpinan BN termasuk Muhyiddin sendiri.

Semalam Muhyiddin pula mengatakan Pakatan Rakyat meniru dan menceduk idea BN kerana BN sudah lama hendak menurunkan harga kereta di negara ini. Sesiapa yang boleh menasihatkan Muhyiddin ini, elok memberi ingatan kepada beliau yang rakyat yang ramai-ramai ini bukanlah bodoh seperti yang beliau fikir itu.  Sudah pasti beliau beranggapan yang kita semua ini bodoh dan tuli. Kalau beliau tidak beranggapan begitu masakan beliau boleh tergamak menuduh perancangan untuk menurunkan kereta itu adalah usaha BN, bukan Pakatan Rakyat.

Kita tidak kisah siapa yang berniat hendak menurunkan harga kereta itu, tetapi mengaku yang pelan itu datangnya dari BN adalah satu usaha menghina rakyat seolah-olah rakyat ini tidak sekolah belaka. Ini lah dia siapa UMNO selama ini yang tidak tahan ditanggung oleh sesiapa yang sudah boleh membaca dan menulis sedikit sebanyak dan tidak mempunyai masalah pendengaran.

UMNO termasuk Muhyiddin telah membidas pihak Pakatan Rakyat, apabila rancangan itu disebut oleh Rafizi Ramli, Pengarah Strategi PKR beberapa bulan dahulu. Kami di bawah ini tahu dan sedar, kami ini bukanlah pemimpin atau menteri, tetapi ingatlah Muhyiddin, yang kita ini pergi juga sekolah sikit-sikit dan sudah pandai menulis dan membaca sikit-sikit.

Kami masih lagi mempunyai daya ingatan dan isu ini adalah isu yang baru dan masih segar dalam ingatan kami. Kami mungkin bukan orang pandai, tetapi kami tidaklah sebodoh yang anda sangkakan. Tolonglah Muhyiddin, jangan memperbodohkan kami. Kami sedar yang saudara mahukan undi dan sokongan dalam pilihanraya ini.

Tetapi bercakap lah dengan jujur yang saudara juga boleh menurunkan kereta seperti yang dijanjikan oleh PR itu. Janganlah pula usaha menurunkan harga kereta yang disebutkan oleh PR itu adalah ‘copy cat’ dari manifesto BN pula. Kalau hendak berbohong itu janganlah sampai orang ramai tahu. Berbohonglah sekendak hati, tetapi jangan bohong saudara itu nampak ‘menenggek’ sangat.

Apabila Muhyiddin cuba berbohong kepada orang ramai yang tahu isu sebenarnya ini, mereka merasa tersinggung. Takkanlah mereka semua ini tidak berotak, buta dan tuli pula. Muhyiddin mesti ingat, di bawah ini masih ada orang yang boleh berfikir dan keramaian mereka yang boleh berfikir ini bertambah dari hari ke hari.

Muhyiddin sendiri pernah memberi kenyataan yang hanya 1% sahaja rakyat negara ini yang masih buta huruf, tetapi kenapa Muhyiddin berani berbohong dan cuba mengelirukan pihak lain?

Banyak perkara telah ditiru dan diusahakan oleh BN mengikut apa yang terkandung dalam buku jingga Pakatan Rakyat itu. Tak apalah, tetapi berilah penilaian kepada Pakatan Rakyat yang telah membuatkan BN melaksanakan apa yang telah dicadangkan oleh Pakatan Rakyat itu.

BN sepatutnya berterima kasih kepada Pakatan Rakyat kerana berusaha melaksanakan terlebih dahulu apa yang dicadangkan oleh PR itu. Tetapi janganlah meremehkan pihak yang memberikan ‘idea’ yang BN tiru dan cuba untuk melaksanakannya.

Jagalah sedikit ‘dignity’ kepimpinan BN, sementara masih ada saki baki kuasa itu. Kalau dikaji dari sudut moral dan undang-undang, BN tidak lagi mempunyai kuasa pada hari ini, kerana sekarang ini negara ditadbir oleh pentadbiran kerajaan ‘care-taker’ sahaja.

Selepas ini tidak pula diketahui isu mana pula yang Muhyiddin akan tuduh Pakatan Rakyat meniru dan menceduk ‘idea’ BN. Muhyiddin! berkempen lah sekuat mana pun. Itu hak saudara. Tapi jangan berkempen macam budak-budak. Bukan saudara sahaja yang pernah ke sekolah.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.