`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Thursday, April 18, 2013

PANAS! BN Kempunan Rampas Lembah Pantai Sebab Skandal Anak Raja Nong Chik?



Perkembangan terbaru ini pastinya mencemaskan kem Barisan Nasional (BN) yang bersungguh-sungguh mahu merampas semula kerusi parlimen Lembah Pantai dari KEADILAN.

Mengikut maklumat terbaru, BN hampir pasti akan 'bungkus' di parlimen itu apabila Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin yang terpalit dengan skandal rasuah anaknya diletakkan sebagai calon BN, melawan Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar.

Ini berikutan pemberian projek kepada anak Ketua Umno Bahagian Lembah Pantai itu bernilai RM30.8 juta yang tentunya memberi kesan buruk kepada pengundi.

Timbalan Ketua Cabang KEADILAN Lembah Pantai, Siddik Ibrahim berkata, Nong Chik yang masih belum memberi penjelasan berhubung skandal itu hanya akan melingkupkan BN kawasan.

"Peluang untuk KEADILAN menang tetap cerah. Ini kerana isu Nong Chik sampai sekarang belum selesai. Rakyat sekarang celik, mereka tahu apa yang berlaku di sekeliling.

"Sepatutnya sebelum bertanding, Nong Chik perlu bersihkan nama. Sama-sama kita tunggu BN lingkup kali kedua di Lembah Pantai," katanya.

Pada Ogos 2010, sebuah syarikat dengan nama Istijuara Sdn Bhd diberikan kontrak kerajaan berjumlah RM30,800,000 oleh Kementerian Belia dan Sukan.


Syarikat itu dilaporkan dimiliki Nong Chik dan ia bukan satu-satunya projek yang dianugerahkan kerajaan kepada syarikat beliau.

Anak perempuan Nong Chik, Raja Farhana turut disenaraikan sebagai salah seorang daripada dua pengarah syarikat.

Syarikat itu yang ditubuhkan hampir 20 tahun lalu semasa Raja Farhana masih di darjah satu, mempunyai kerugian dibawa ke hadapan berjumlah kira-kira suku juta dan liabiliti semasa kira-kira RM400,000 terhadap aset semasa.

"Apabila dicalonkan, mana ada masa lagi nak bersihkan nama, Nong Chik hanya akan terus berkempen, dan semua itu akan jadi sia-sia kerana rakyat bukan bodoh untuk menilai," kata Siddik.

Selain skandal itu, Nong Chik juga dilaporkan antara tersenarai mempunyai aset luar negara yang banyak melalui pemilikan syarikat luar pesisir seperti didedahkan Gabungan Antarabangsa Wartawan Penyiasatan (ICIJ).

ICIJ yang berpangkalan di Washington mendedahkan 1,500 rakyat Malaysia memiliki syarikat luar pesisir secara rahsia.

Raja Nong Chik disenarai melalui syarikat keluarganya, RZA International Corporation.

Pemilikan rahsia itu berkemungkinan bertujuan menyembunyikan aktiviti kabur, mengelak cukai atau menyembunyikan urusan jual beli luar negara.

Walaupun mendapat sokongan dari penduduk rumah pangsa PPR di Pantai Dalam, namun ia diimbangi dengan sokongan penduduk di PPR Kampung Pasir yang kebanyakannya setia dengan KEADILAN.

'Warisan' peninggalan BEKAS ahli parlimen Shahrizat Jalil yang tidak mempedulikan rintihan mereka mengenai isu kebersihan dan keselamatan masih membelenggu Raja Nong Chik untuk menembusi kawasan itu.

Biarpun menggunakan (baca: salahguna) kemudahan awam seperti DBKL untuk berkempen atas nama parti BN namun ia tidak boleh dijadikan kayu ukur sokongan pengundi terhadapnya.

KEADILAN dijangka akan memainkan isu ini sebagai peringatan kepada pengundi bahawa Raja Nong Chik saling tak kalah skandalnya dengan Shahrizat.

Penolakan debat bersama Nurul Izzah oleh Raja Nong Chik bukti Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar itu takut skandal penyelewengan anaknya terbongkar.


“Inilah kerisauan Nong Chik, takut skandal RM30 juta anaknya terbongkar dan dibahas di hadapan penduduk Lembah Pantai. Sekaligus menjejaskan harapannnya untuk menang, sedangkan debat peluang rakyat untuk tahu cerita sebenar dan menilai,”.

Pada 24 Februari lalu, Raja Nong Chik menolak cabaran untuk berdebat dengan Nurul Izzah kerana katanya, tiada keperluan untuk berbuat demikian memandangkan pilihanraya umum semakin hampir.

Nurul Izzah yang mencabar Nong Chik untuk berdebat berhubung dakwaan Nong Chik sebelum ini yang mengatakan beliau lebih suka mengkritik berbanding berkhidmat untuk rakyat.

“Apa salahnya berdebat jika pilihan raya makin hampir? Di Kenya contohnya, mereka adakan debat antara presiden dengan pembangkang menjelang pilihan raya. Tak ada masalah kalau Nong Chik sahut cabaran itu,”.

“Ketakutan Nong Chik juga berpunca sikap BEKAS Perdana Menteri. Hasilnya, semua pemimpin Umno takut untuk berdebat dan tidak menyuburkan budaya demokrasi sebenar,” sambung beliau.

Nurul Izzah sebelum ini berkali-kali mengajak Raja Nong Chik berdebat isu penduduk Lembah Pantai.


Begitu juga Najib Altantuya yang takut menyahut cabaran debat Ketua Umum KEADILAN, Anwar Ibrahim.

Kedua-dua pemimpin Umno itu lebih senang mengambil sikap berdiam diri.

Dilaporkan, Kementerian Belia dan Sukan menganugerah kontrak bernilai RM30 juta kepada Istijuara Sdn Bhd bagi projek memasang dan menyelenggara kelengkapan latihan di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Bandar Penawar, Johor.

Salinan surat tawaran rasmi daripada Kementerian Belia dan Sukan kepada Istijuara bertarikh 24 Ogos 2010 menunjukkan anak Raja Nong Chik – Raja Farhana salah seorang daripada dua pengarah syarikat itu. 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.