`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Wednesday, April 10, 2013

Peristiwa UMNO Diselamatkan Tengkolok Salib 1990


Mengikut maklumat terbaru yg Tulang Besi dapat, undi Melayu tidak berganjak hasil dari pelancaran Manifesto Barisan Nasional. Malah, para pemerhati menjangka manifesto Barisan Nasional itu bakal makan tuan dan kesan psikologi yang diharapkan tidak akan menjadi.

Sokongan orang Melayu pada Pakatan Rakyat tidak berganjak walaupun telah dilancar manifesto BN dengan gilang gemilang sekali. Soalnya sekarang hari mengundi itu masih jauh.

Adakah pemimpin Pakatan Rakyat dapat menjaga disiplin mereka dan tidak mengeluarkan kenyataan2 yang merugikan Pakatan Rakyat?

Tulang Besi masih ingat bagaimana kenyataan TEngku Razaleigh di Terminal 3 Lapangan Terbang Subang dimainkan oleh media milik UMNO secara berulang-ulang kali.


Apabila ditanya kepada Tengku Razaleigh apakah tindakan berjumpa PBS itu satu tindakan yang bijak, antara respon Tengku Razaleigh adalah "don't ask stupid questions" (jangan tanya soalan2 bodoh).


Kejadian itu diulang-ulang oleh TV3 dan media2 milik UMNO sehingga menampakkan Tengku Razaleigh ini seorng yang bongkak dan sombong.

Kemuncak penipuan adalah apabila digambarkan Tengku Razaleigh ini seorang yang pro Kristian dengan membawa gambar Tengku Razaleigh memakai tengkolok yang digambarkan sebagai salib (walaupun hakikatnya ia adalah tengkolok daun ubi).

PAda hakikatnya, Tengku Razaleigh tidak perlu ke Sabah sebelum hari mengundi. Pada hakikatnya Tengku Razaleigh boleh mengadakan pertemuan dengan Pairin Kitingan selepas keputusan pilihanraya diumumkan. Pada hakikatnya, Tengku Razaleigh cuma perlu menunggu 4 hari sahaja lagi untuk membuat apa-apa perbincangan dengan PBS. PAda hakikatnya Tengku Razaleigh sudah tidak perlu bertemu dan bercakap lagi dengan media pada masa itu.

Namun, Tengku Razaleigh telah berdegil dan berkeras kepala. Nasihat Haji Mustafa Ali supaya jangan ke Sabah tidak diendahkan sama sekali.

Cabaran kepada Pakatan Rakyat adalah jangan ada mana2 pemimpin Pakatan Rakyat yang berbuat atau berkata perkara2 bodoh dan tidak berfaedah.

Mampukah pemimpin2 PAkatan Rakyat mempelajari kesilapan Tengku Razaleigh?

Tulang Besi mencadangkan kesemua pemimpin2 utama Pakatan Rakyat berhenti bercakap atau bertemu dengan media mulai dari hari ini sehinggalah hari membuang undi kelak. Terlalu banyak risiko dan jurangnya bagi mereka untuk bertemu dengan mana-mana media tidak kira media yang pro PR atau anti PR.

Lebih baik masa digunakan untuk berkempen dan bertemu pengundi.

Kalau tiada kenyataan2 yang bodoh dan merugikan dari mana-mana pemimpin PR, inshaalah kemenangan adalah dalam tangan kita.


TULANG BESI

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.