`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Friday, April 19, 2013

RIBUT DALAM CAWAN DI BUGAYA?



BANTAH.....Para penyokong Manismuka telah mempamerkan apa yang terbuku di hati mereka selama ini. Hanya gambar dapat menjelaskan kekecewaan mereka setelah pemimpin mereka tercicir.

Oleh : MUTALIB M.D
JIKA bukan kerana campurtangan seorang anggota cawangan khas wanita, 'Demonstrasi Secara Aman' di hadapan kediaman Ketua Pergerakan Wanita UMNO Semporna, Hajjah Manismuka Mohd Dara akan menjadi sejarah pahit yang terpaksa ditelan oleh Naib Presiden UMNO Malaysia, merangkap Ketua UMNO Bahagian Semporna, Datuk Seri Mohd Shafie Afdal.

Pada malam 17 April 2013, saya menerima panggilan telefon daripada Tuan Haji Sabardin Haji Ombrah (Suami Manismuka) yang meminta Sabahkini.net menghantar wakil ke Semporna kerana mereka akan mengadakan Tunjuk Perasaan secara aman di hadapan Pejabat UMNO Semporna pada 18 April (kelmarin).
Pagi kelmarin, setelah Wartawan Sabahkini.net, Adli Ayob, menunggu dalam tempoh yang agak lama, tidak ramai yang muncul di Pejabat UMNO Semporna, maka beliau telah menghubung Haji Sabardin untuk mendapat pengesahan dan diberitahu lokasi demonstrasi dipindahkan ke rumah Manismuka, berdekatan Pekan Semporna.

Bagaimanapun ketika Adli sedang membuat liputan berita dan rakaman video berhubung demonstrasi berkenaan yang dihadiri seramai 200 orang, beliau telah dipanggil oleh Manismuka dan ditemani seorang wanita (SB) ke sebuah bilik dalam kediaman rasmi Manismuka dan meminta liputan berita berkenaan di batalkan dan rakaman video dipadam.

Berlaku pertengkaran kecil di antara Manismuka dan suaminya dengan disaksikan Adli dan SB berkenaan sehingga memaksa Adli memadam semua gambar dan rakaman video yang dibuat hampir satu jam di laman rumah Manismuka.

LENGANG....Pejabat UMNO Semporna agak lengang kerana lokasi demonstrasi dipindahkan ke rumah Manismuka.

Bagaimananapun, suami Manismuka menghubungi saya meminta agar berita demonstrasi berkenaan diteruskan; sekadar memberi pengajaran bahawa UMNO Sabah tersilap meletakkan calon kerana tidak sama dengan apa yang diputuskan sebelum ini iaitu Adun Bugaya, Datuk Ramli Marhaban digugurkan dan digantikan dengan isteri beliau.

Sabahkini.net terpaksa mendapatkan beberapa keping gambar daripada para peserta 'Demonstrasi Secara Aman' berkenaan untuk disiarkan bagi memenuhi permintaan suami Manismuka, rakan lama saya dalam politik; sejajar dengan dasar terbuka yang diamalkan Sabahkini.net selama ini.

Sabahkini.net akan menyiarkan respon Ramli Marhaban yang dibuat dalam bentuk rakaman video dalam masa terdekat berhubung Demonstrasi berkenaan.

CALON.....Sebahagian daripada peserta demo yang meminta agar UMNO pilih calon tempatan dan bukannya calon import!

Walaupun bantahan di Semporna dan Tenom hanyalah 'ribut dalam cawan', namun terpaksa disiarkan demi memberi peluang kepada semua pihak menyuarakan pandangan masing-masing agar segala persengketaan dapat dileraikan dalam tempoh 24 jam sebelum penamaan calon.

Bantahan yang serupa juga diwar-warkan akan dilakukan di Lahad Datu, namun Ketua Pergerakan Wanita UMNO Silam, Hajjah Saleha Abdul Wahid ketika dihubungi menafikan berita berkenaan kerana berada di Kuala Lumpur mneghadiri acara rasmi yang dilancarkan Perdana Menteri.

"Kita akur kepada keputusan pucuk pimpinan parti dan kita akan bekerja keras bagi memastikan semua Calon BN menang di Silam," ujar Saleha yang mengakui tidak dapat menampan kemarahan pengikutnya setelah tidak terpilih, tetapi sebagai ahli parti, beliau mengutamakan perpaduan dan Perlembagaan Parti

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.