`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Monday, April 1, 2013

SKANDAL PEROBOHAN RUMAH DI KG KUKUSAN





TAWAU : Pas Kalabakan mengecam keras arahan perobohan sekitar 90 buah rumah di Kg Bukit Kukusan, Tawau, Sabah. Bercakap kepada wakil pemberita, Cik Fatmawaty Yusuf, Penyelia Pas DUN Tanjung Batu-Kalabakan berkata, pihaknya akan terus mengambil tindakan drastik bagi mempertahankan hak penduduk.

"Kita berharap penduduk kampung tidak meninggalkan rumah masing-masing sehingga satu penjelasan dibuat oleh Jabatan Tanah tentang hak mereka. Kami di peringkat Pakatan Rakyat sedang merangka satu tindakan drastik untuk mendesak Jabatan Tanah menyelesaikan pemilikan tanah kepada penduduk kampung sebaga imana surat kelulusan yang telah dikeluarkan sejak 2003 lagi”
Semalam, Pas Tawau dan Kalabakan telah membuat laporan polis berhubung gangguan dan cubaan perobohan rumah menggunakan sebuah jentera.

Keadaan ini berlaku apabila seorang penama, Hj Abdul Rasyad bin Hj. Adam (M/s Chee & co) yang mengaku sebagai pemilik tanah, telah menuntut semua penduduk yang menduduki tanah seluas 8.06 ekar itu agar berpindah dan keluar dari kawasan tersebut.

Bagaimanapun, penduduk kampung menegaskan, mereka telah mendapat surat kelulusan penempatan daripada mahkamah untuk tinggal di situ sehingga sekurang-kurangnya Oktober akan datang.

Menurut Fatmawaty lagi, pihaknya akan membuat laporan ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana dikhuatiri wujudnya salahlaku dan rasuah dalam tuntutan pemilikan tanah ini. Dakwaan ini wujud kerana pihaknya merasa hairan apabila wujudnya kekeliruan dalam status pemilikan tanah di kawasan terlibat.

Isu kekeliruan pemilikan tanah ini dijangka memberi impak yang besar kepada suasana politik Kalabakan menjelang pilihanraya umum ke-13 khususnya di DUN Tanjung Batu kerana terkini wujudnya persaingan hebat antara Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional dalam memenangi isu ini di sana.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.