`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Thursday, April 18, 2013

Tarik Diri Atau..




 

Calon PAS Dun Tanjung Batu, Fatmawaty Mohd Yusuf mendakwa berdepan gangguan emosi dan keselamatan apabila kereta miliknya disimbah cat merah awal pagi tadi.

Cermin tingkap rumahnya di Taman Tawau, Sabah turut dipecahkan dan nota ugutan bertulis 'TARIK DIRI ATAU!!!' ditinggalkan di tepi tingkap.

Selain kereta MyVi miliknya, simbahan cat merah tersebut turut mengenai kereta MyVi milik adiknya yang diparkir bersebelahan keretanya.

Menurut Fatmawaty, 30, kejadian disedari adiknya kira-kira jam 3 pagi apabila terdengar bunyi cermin pecah.

Sehubungan itu beliau membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Tawau.

"Saya buat laporan polis kerana merasakan emosi dan keselamatan saya terganggu dengan perbuatan khianat ini.

"Saya minta polis siasat perkara ini kerana sepanjang 27 tahun saya tinggal di sini, belum pernah berlau kejadian seperti ini," katanya ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Beliau tidak menolak kejadian tersebut bermotif politik kerana ia berlaku selepas beliau diumumkan sebagai calon pada Sabtu lalu.

"Saya serah kepada polis untuk siasat siapa yang terlibat tapi kejadian ini berlaku selepas nama saya naik sebagai calon PAs dan beberapa hari sahaja menjelang penamaan calon," katanya.

Namun tegasnya, kejadian tersebut tidak mematahkan semangatnya untuk terus bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

"Saya mula terlibat sepenuh masa dengan PAS sejak mula-mula habis belajar lagi.

"Jadi tidak mungkin saya akan tarik diri hanya semata-mata kerana menerima ugutan sebegini. Saya bersedia menghadapi apa sahaja halangan selepas ini," tegasnya yang merupakan lulusan Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Katanya juga, ekoran kejadian tersebut, PAS Kawasan Kalabakan mengambil langkah meningkatkan lagi kawalan keselamatan menjelang hari penamaan calon dan pembuangan undi.

"Pihak keselamatan PAS berwaspada dengan kejadian ini dan saya sering ditemani pihak kesalamatan PAS ke mana-mana program yang saya pergi," katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.