`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Wednesday, April 10, 2013

Warga asing dapat IC sebelum masuk Malaysia?


Salah satu dokumen itu mempunyai maklumat seorang individu  berasal dari negara Myanmar memasuki Malaysia pada 22 Disember 1993, tetapi pengesahan taraf kerakyatan Malaysia telah diberi 2 Disember 1993.

“Bermakna sebelum datang ke negara ini, individu berkenaan telah diberikan taraf kewarganegaraan," kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar pada sidang media di Kompleks PAS Kawasan Pokok Sena di sini baru-baru ini.

Oleh sebab itu, beliau menuntut Menteri Dalam Negeri, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memberi penjelasan termasuk tindakan memperguna dan mengugut serta mengongkong kebebasan mereka ini.

Pada sidang media sama, Ahli Jawatankuasa DAP Kedah, Dr Syed Araniri Syed Ahmad berkata, warga asing tersebut dipercayai memasuki negara ini melalui Ranong, Thailand menuju ke Phuket dan Saturn sebelum mendarat di Bukit Malut, Langkawi.

Jelasnya, jumlah kemasukan melibatkan puluhan ribu dan tentunya dalam tempoh ini mereka telah beranak-pinak.

“Mereka lahir di Burma, jadi sepatutnya kod nombor pada kad pengenalan ialah 64 tetapi dicatat dalam kad pengenalan 02 iaitu kod negeri Kedah.


Harakahdaily/-

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.