BUKTI GEMPAR....Sebutan INIKALILAH hina Al- Quran
DIMANA MANA sebutan atau ayat mahupun ejaan" INIKALILAH" menjadi satu perkataan yang ditakuti oleh pihak disebelah sana. Perkataan Ini Kali lah asalnya adalah sebutan orang Sabah yang membawa maksud KALI INI .......Mungkin sudah ketandusan isu....perkataan INIKALILAH diberikan maksud begini........
Penulis pun bukan arif dan pakar dalam menafsir ayat Al- Quran...nak memandai dalam hal ini takut rosak akidah.........tetapi jika kita fikir secara logik...ramai orang islam diSABAH sudah menggunakan perkataan ini kali lah sudah berkurun lama.......rosakkan mereka dan DAJJAL KAH MEREKA??
Jika dilihat dari segi ejaan YANG BETUL ......INI KALI LAH.......tidak dirapatkan!
Sesekali terfikir jua......jikalau ditakdirkan kita mengundi minggu depan bukan esok...pasti perkataan UBAH juga akan dijadikan satu isu kononnya Pakatan menghina pemakai JUBAH! (Diangkat dari TKO)
Mengikut kaedah bahasa arab seperti dibawah..
ReplyDeleteApabila perkataan isim (kata nama) ditambah dengan huruf Ta' Marbuthoh, menandakan yang berkata itu seorang perempuan. contohnya :
Seorang perempuan berkata :
- Inni Qalilah : إنَى قليلة = Sesgguhnya aku sedikit
- Inni Khalilah : إنَى خليلة = Sesgguhnya aku kekasih
Sekiranya perkataan yang biasa didengar seperti :
- Khalilullah : خليل الله = Sang Kekasih Allah S.W.T. Gelaran untuk Nabi Allah iaitu Nabi Ibrahim a.s.
Seperti apa yang ditertera di atas kertas tersebut :
-“Qalillah” : قَالِ الله = Telah berfirman Allah.
*Namun ianya salah dari kaedah nahu bahasa Arab iaitu baris pada huruf lam. Sepatutnya huruf lam berbaris atas seperti berikut : Qalallah : قَالَ الله
Dan perkaraan “Inni Qalillah” : إنَى قَالِ الله = (Tak tahu nak letak makna mcm mana) kerana salah sudut tatabahasa Arab, juga salah dari sudut makna.
*Sekiranya “Inni Qalullah” : إنَى قَالُ الله :
- إنَى = Sesunggunya aku
- قَالُ الله = Telah berfirman Allah S.W.T.
Sememangnya kedua2 perkataan di atas tidak boleh digabungkan.
Adapun “Akulah Allah” di dalam bahasa Arab ialah :
- “Anallah” = أنا الله
@
-“innillah” = إنَى الله.
-“innil-Khaliq : إنى الخالق = Sesgguhnya akulah Maha Pencipta (Allah S.W.T)
JADI APAKAH KAITAN DENGAN PERKATAAN "INI KALILAH".
Tidak kisahlah sejauh mana kebenaran @ Kesalahan perkataan ini. tidak perlulah dikaitkan dengan Zat @ Nama Allah S.W.T.
Renungkan dan fikirkan, tolonglah jangan sebarkan perkara yang kita sendiri tidak tahu.. Malu pada diri sendiri, pada orang lain, pada Allah S.W.T.
DOSA ?? serah pada Allah S.W.T.
Ingin faqir katakan disini, yang mengadakan perkara ini dan yang menyebarkannya, secara sedar @ tidak telah mengaitkan Allah S.W.T..
Mudah2an kita semua diampuni Allah S.W.T.
Ayuh kita bertoleransi, Ayuh kita professional dalam kepartian. UNDI ANDA ADALAH RAHSIA.
Mohon maaf sekiranya terdapat kesalahan fakta, Mohon kepada tuan-tuan guru, para asatizah, alim ulama menegur dan membetol apa yang kurang @ yang salah.
Wallahu 'alam.
Maksud خليل tu lebih pada sahabat atau kekasih?
Deletekenapa bahasa kami orang sabah di salah ertikan.. ini kalilah? kalau itu bahasa kami kenapa di kaitkan dengan tuhan. kalau bahasa kami ni hina sangat sampai dikaitkan dengan tuhan sila berdepan dengan rakyat sabah. bahasa kamu sendiri kami tidak kaitkan dengan tuhan apa lagi bahasa kami sendiri. jangan sebab politik bahasa kami dihina. kami pun ada maruah. jangan pandang hina terhadap kami.
ReplyDelete