`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Friday, May 24, 2013

[Gambar] Pasangan Suami Isteri Cuba Bawa Pulang MAYAT Anak Perempuan Mereka dengan Menaiki Bas Awam, Mengapa?



Pasangan suami isteri di China telah "ditangkap" ketika cuba membawa mayat anak perempuan mereka yang berusia dua tahun menaiki sebuah bas. Mayat kanak-kanak malang itu dimuatkan di dalam sebuah beg besar.
Yang Cheng, 35, dan isterinya Lin Sun Li menuntut mayat anak mereka yang dipercayai meninggal dunia kerana penyakit tangan, kaki, dan mulut di Hospital Hefei, di Wilayah Anhui sebelum meletakkan mayat itu di dalam beg tersebut.
Mereka kemudiannya pergi ke stesen bas tempatan sebelum cuba menaiki sebuah bas untuk pulang ke rumah mereka di Quqiu.

Walau bagaimanapun, rancangan itu telah digagalkan apabila mayat anak mereka itu dapat dikesan oleh mesin pengimbas keselamatan.  Polis telah dipanggil dan Yang telah disoal siasat. Beliau memberitahu polis bahawa mereka terpaksa berbuat demikian kerana tidak mampu menyewa kereta mayat.

Pasangan itu akhirnya dibebaskan tanpa dikenakan apa-apa tindakan. Mereka dilihat pulang ke rumah dengan menaiki sebuah teksi. -DCM/DM 



Pasangan ini memberitahu polis bahawa mereka tidak mampu menyewa kereta mayat untuk membawa pulang mayat anak mereka.



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.