`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Tuesday, May 21, 2013

IC PROJEK 12 KALI GANDA DI SABAH?




IC BIRU ....Sebanyak 5,373 pendatang di Sarawak telah dikeluarkan IC biru sejak 1963 ke 2012, kata Abu Bakar.

Oleh : BOO SU-LYN
KOTA KINABALU : Kira-kira 66,000 pendatang haram di Sabah diberi kad pengenalan (IC) biru sejak 1963, jumlah yang besar 12 kali ganda lebih banyak dari Sarawak, dedah saksi Suruhanjaya Inkuiri Diraja (RCI), kelmarin.

Pengarah Jabatan Pendaftaran Negeri Sarawak, Datuk Abu Bakar Mat memberi keterangan kelmarin seramai 5,373 pendatang di Sarawak telah diberi IC biru daripada 1963 hingga 2012.
“Di Sabah, ia sebanyak 66,000. Perbezaan sangat ketara,” kata pengawai penyelaras Manoj Kurup semasa memberi jawapan balas.

“Kedudukan di Sarawak berbeza dari Sabah... geografi adalah punca kebanjiran pendatang. Ini tidak berlaku di Sarawak,” kata Abu Bakar.

Beribu-ribu pelarian Filipina melarikan diri ke Sabah pada tahun 1970-an untuk menyelamatkan diri daripada perang saudara Jolo di selatan.

Sempadan laut Sabah juga telah diceroboh pada Februari lalu apabila sekumpulan lelaki bersenjata daripada Sulu menyerang Lahad Datu yang terletak di pantai timur negeri tersebut, dimana masuk di sana kurang satu jam menerusi bot dari selatan Filipina.

Sarawak, bagaimanapun, bersempadan dengan wilayah Kalimantan, Indonesia.

Kira-kira 28 peratus daripada 3.2 juta penduduk yang besar di Sabah adalah warga asing, sejumlah besar 889,000 orang.

Kemasukan pendatang asing tanpa izin telah menimbulkan kemarahan masyarakat pribumi Sabah seperti Kadazandusun dan Murut (KDM), ramai daripada mereka merasakan kedaulatan negeri Borneo tersebut telah dirompak ekoran kebanjiran warga asing dari Filipina dan Indonesia.

Presiden UPKO Tan Sri Bernard Dompok tewas di kerusi Parlimen Penampang, kawasan majoriti KDM, pada pilihan raya 5 Mei baru-baru ini.

Beberapa warga asing Pakistan dan India juga pernah memberi keterangan di RCI bagaimana mereka mendapat kad pengenalan biru dalam tempoh beberapa tahun selepas tiba di Sabah dan kemudiaannya mengundi dalam pilihan raya.

RCI lima orang panel yang berlangsung dipengerusikan oleh bekas Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Steve Shim Lip Kiong, ia bersambung semula lewat petang kelmarin.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.