`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Saturday, May 4, 2013

Ishak dakwa MB NS penghalang


Calon BN DUN Lenggeng mempersoal kenapa Mohamad Hasan tidak 'block' usaha pihak tertentu yang cuba menghalang kemenangannya.
SEREMBAN: Calon Barisan Nasional (BN) kerusi DUN Lenggeng, Datuk Ishak Ismail mendakwa Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk
Seri Mohamad Hasan menghalangnya dari mencatat kemenangan di kerusi tersebut.
Ditemui FMT selepas program ceramah berkelompok di Taman Bukit Margosa, Ishak mempertikaikan kenapa Mohamad tidak ‘block’ (menghalang) usaha pihak tertentu yang cuba menghalang kemenangannya.
“Dia (calon bebas Zulkifli Abdullah) dah jumpa saya enam bulan dulu, minta diri dia ditonjolkan sebagai calon. Saya beritahu dia kalau kau (Zulkifli) nak jadi calon, balik lah kampung kau, ‘solve’ the people (selesaikan masalah). Jadi tak dibuatnya pun.
“Kemudian wakil rakyat yang lepas (bekas ADUN Lenggeng Mustafa Salim), marah kerana dia tidak dipilih sebagai calon. Tak boleh marah, tak boleh jadi calon sebab kes (rasuah) dia (masih berjalan) di mahkamah.
“Saya sepatutnya tak tanding di sini (DUN Lenggeng), saya sepatutnya bertanding di DUN Sikamat. Tapi bila dia (Mustafa) tak boleh bertanding, Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) panggil saya balik dengan kehendak Menteri Besar, saya bertanding di Lenggeng.
“Bila saya tengok balik recording (rakaman video) demonstrasi, orang yang buat demonstrasi bukan pengundi Seremban, bukan ahli Umno Seremban.
“Dulu saya jadi ahli dewan, kalau saya berucap dalam dewan (Persidangan DUN), saya lagi dahsyat dari pembangkang. Ini ada pihak yang takut, itu yang diatur demonstrasi ini.
“Mana pernah dalam pilihan raya, calon menghantar leaflet (risalah) ke masjid, sembahyang Jumaat, (edar risalah) mengapa calon ini tidak di undi. Kalau you follow the religion strictly, tak kan buat benda macam itu.
“Orang yang tak puas hati ini, dia tak dapat jadi calon ke, dia tak puas hati, dia buat macam itu.
“Minta maaf bercakap, kita punya Menteri Besar sepatutnya block (halang) dia orang ni. Saya yakin dia menyuruh. Sebab saya seorang sahaja, di Negeri Sembilan ini, tak dibagi poster dan bunting.
“Contohnya poster calon. Calon lain diberi 10,000, saya dapat 1,000 sahaja. Jadi memang ada game (permainan), nak block saya.
“Hari itu saya berhujah, saya berkata dengan Menteri Besar, ‘politic you and are along you, abang you and adik you’. Saya sewaktu jadi wakil rakyat, belum ada lagi saya ambil tanah kerajaan. Saya tak perlu. Saya ada tanah.
Ishak akan menghadapi pertandingan tiga penjuru pada hari esok iaitu calon PAS, Zulkefly Mohamad Omar dan calon bebas Zulkifli Abdullah.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.