`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Monday, May 20, 2013

KENAPA SPRM TUTUP KES ASB LABUAN?




Saudara Pengarang.
SURAT terbuka ini kami tujukan kepada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Asian Supply Base Sdn. Bhd, (ASB) Dato' Haji Harris Haji Annuar Tan dan Lembaga Pengarah menubuhkan Lembaga Siasatan Dalaman untuk menyiasat kegiatan pecah amanah General Manager (Operation Department) Miao Siaw Liang dan seorang lagi yang berpangkat lebih tinggi daripada beliau.

Kami difahamkan bahawa ASB Labuan kini perlu membeli beberapa buah Forlift dan Kren kerana sekarang memang tidak mencukupi; tetapi Pengurus Besar (operasi) Miao bercadang untuk menyewa dari sebuah syarikat bernama Khiong Ngee.
Syarikat tersebut akan beli Kren dan sewakan kepada ASB. Persoalannya, adakah sebuah anak syarikat kerajaan Sabah yang menjalan perniagaan membekalkan logistik kepada industri Oil & Gas tidak mampu membeli Kren, Treler dan Forklift?

Timbul tandatanya, adakah status Khiong Ngee? Apakah syarikat ini Anak syarikat Kerajaan Sabah atau Asian Supply Base?

Kami merayu agar Ketua Menteri Sabah dan CEO merujuk kepada artikal di Sabahkini.net terbitan 1 Mei 2013 bertajuk "Siasat Skandal Asian Supply Base."

Kami hairan kerana selama ini ASB ada pelabuhan sendiri; malah Pejabat Kastam juga ada dalam ASB tetapi kenapa Kapal Oil & Gas perlu guna pelabuhan di bandar?

Kenapa banyak syarikat Oil & Gas tidak sewa gudang ASB tetapi menyewa tanah dan gudang dimiliki oleh syarikat Khiong Ngee dan syarikat lain di luar ASB? Pengurus yang mana di ASB adalah (Silent Partner) rakan kongsi kepada syarikat Khiong Ngee dan Lion Transport?

Kebanyakan pekerja di ASB pun tahu, tapi cuma tidak pasti sama ada CEO atau Pengarah ASB pun ada 'Share' di kedua syarikat tersebut? Jika tidak, kenapa tunggu terlalu untuk mengambil tindakan pencegahan dan kawalan?

Dengan sumber sampingan yang begitu banyak, tidak hairan jika Miao mampu memiliki sebuah kereta mewah BMW model X5 dan beliau guna untuk ke pejabat dan lawat tapak di dalam ASB seperti kereta tidak berharga. Kenapa?

Kami amat khuatir satu hari nanti ASB akan macam Sabah Ship Yard Labuan yang tutup kedai kerana salah urus. Anak syarikat kerajaan Sabah yang boleh untung pun, boleh rugi besar dan Bankrap.

Sebagai sebagai bekas pekerja ASB, kami bertanggungjawab untuk melaporkan kepada pihak atasan agar menyiasat Pengurus Besar yang menyeleweng demi untuk kepentingan diri sendiri.

Walaupun kini kami sudah tidak bekerja dengan ASB, tetapi kawan kami masih bekerja di ASB dan bimbang akan kehilangan pekerja jika ASB gulung tikar.

Ada lagi satu kes yang agak hebat tetapi belum sampai masanya untuk kami dedahkan kerana ingin memberi peluang kepada SPRM mengumumkan siasatan kerana dipercayai kes ini dikategorikan sebagai NFA. Berapa Harris bayar kepada pegawai SPRM bernama Herman (?) untuk menutup kes berkenaan sehingga kini?

Salam Hormat

EX STAFF ASB

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.