Antara desakan mereka termasuk peletakan jawatan Pengerusi SPR Tan Sri Aziz Yusof.
PETALING JAYA: Sekumpulan 200 mahasiswa hari ini berarak ke pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya di Putrajaya kerana membantah keputusan pilihan raya umum ke 13.
Perhimpunan tersebut diketuai oleh pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia Safwan Anang. Kumpulan mahasiswa tersebut berpakaian hitam turut mengusung dua replika keranda, simbol kematian demokrasi yang diarak sehingga ke pintu utama ibu pejabat SPR.
“Kita beri tempoh kepada SPR sehingga Jumaat akan datang untuk respon kepada memorandum kita serta pengerusinya supaya meletakkan jawatan.
“Jika tak jawab, kita akan turun ke jalanraya. Pada waktu itu, bersedialah untuk berhadapan dengan kemarahan rakyat,” tegas Safwan.
“Kita juga akan membawa perkara ini ke Istana,” Safwan dipetik berkata.
Lima orang wakil pelajar telah menghantar memorandum sebagai tanda protes.
Antara kandungan memorandum ialah penolakan keputusan PRU 13, desakan Pengerusi SPR Tan Sri Aziz Yusof meletak jawatan dan pilihan raya diadakan semula.
Kira-kira 50 anggota polis dan tujuh anggota unit Lightt Strike Force turut kelihatan di sana.
Walau bagaimanapun tiada tangkapan dibuat.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.