`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Friday, May 3, 2013

PECAH BERITA ! UMNO KEDAH MAKIN GABRA...TEMPAHAN HELIKOPTER ANWAR DISABOTAJ?




Ceramah Anwar Di Naka Petang tadi




Pelbagai rintangan kempen Anwar di Kedah

Empat puluh lapan jam sebelum hari mengundi, Datuk Seri Anwar Ibrahim terpaksa menempuh pelbagai rintangan untuk memberikan sentuhan terakhir di Kedah, sehingga terlepas perhimpunan raksasa 'Super Friday'di Alor Setar petang ini.

Dalam rangka terakhir menggempur negeri Jelapang Padi itu hari ini, Anwar menghadapi pelbagai masalah 'di darat dan di langit', iaitu kesesakan jalan raya dan masalah penerbangan helikopter.

Setiausaha Politik 1 Anwar, Mohd Shukri Mat Saad mendakwa, majikannya itu terlambat kerana helikopter yang patut membawanya dari Langkawi ke Pedu "tidak mendapat pelepasan" menyebabkan beliau terpaksa menggunakan sebuah pesawat kecil .


Anwar sebelum itu terbang daripada Subang dalam rangka kempen di Langkawi, Pedu, Pokok Sena, Alor Setar dan Sungai Petani.

Akibat masalah itu, Anwar terpaksa menggunakan sebuah pesawat kecil yang membawanya ke Alor Setar sebelum bergerak menggunakan kenderaan darat.

Bagaimanapun, masalah berterusan apabila beliau menghadapi kesesakan teruk ketika dalam perjalanan dari Pokok Sena-Alor Setar sehingga terpaksa membatalkan hasrat singgah ke situ, sebaliknya terus ke destinasi terakhir di Sungai Petani.

Bagaimanapun, enggan mengecewakan ribuan penyokong Pakatan yang menunggunya di Alor Setar, Anwar sempat membuat panggilan telefon kepada penganjur dan memberikan mesej ringkas kepada mereka.

"Saya menyeru rakyat Kedah mempertahankan kerajaan Kedah untuk menuju Putrajaya," katanya kepada lebih 5,000 penyokong yang hadir.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.