`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Sunday, May 19, 2013

Peniaga Cina kata boikot produk sesebuah komuniti adalah ‘perkauman’, akan gugat ekonomi

JOM BOIKOT BARANGAN CINA

Presiden Persekutuan Motor dan Kredit Kuala Lumpur dan Selangor, Khoo Kah Jin berkata gesaan untuk memboikot barangan pengguna yang dihasilkan oleh syarikat kaum Cina adalah 'perkauman'. - Gambar-Gambar oleh Choo Choy MayKUALA LUMPUR, 19 Mei — Gesaan blogger pro-Umno dan beberapa kumpulan Islam untuk memboikot perniagaan Cina adalah bersifat perkauman dan akan membahayakan pertumbuhan ekonomi negara, kata ahli perniagaan Cina.

Keluaran Dalam Negara Kasar Malaysia (KDNK) berkembang sebanyak 4.1 peratus pada suku pertama tahun ini sebagai hasil daripada eksport yang lemah dan pertumbuhan perlahan dalam perbelanjaan awam, berbanding 4.7 peratus dalam tempoh suku yang sama pada tahun 2012 dan 6.4 peratus pada suku akhir tahun 2012.
“Bagaimana anda boleh kata boikot? Siapa yang akan rugi? Kerajaan dan rakyat Malaysia yang akan rugi,” kata Chen Kien Keong,
“Keutamaan sekarang ialah ekonomi... tidak ramai juga membayar cukai pendapatan,” katanya.

Hanya 10 peratus daripada penduduk bekerja di negara ini membayar cukai pendapatan.
Presiden Persekutuan Motor dan Kredit Kuala Lumpur dan Selangor, Khoo Kah Jin  berkata gesaan untuk memboikot barangan pengguna yang dihasilkan oleh syarikat kaum Cina adalah “perkauman”.
“Jika mereka memboikot barangan jenama Cina, Cina juga boleh memboikot jenama Melayu. Tapi apakah penyelesaiannya?,” katanya kepada The Malaysian Insider.

“Politik adalah politik. Ini semua barangan pengguna. Bagaimana boleh anda memboikot? Ketepikan politik,” kata Khoo.
Gabenor Bank Negara Malaysia Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz dilaporkan oleh agensi berita nasional Bernama pada Rabu lepas menjangkakan ekonomi bakal berkembang antara lima dan enam peratus tahun ini.

Beliau berkata permintaan domestik yang kukuh akan terus menjadi “kunci pemacu pertumbuhan”, disokong dengan perkembangan sektor swasta yang mapan dan disokong oleh sektor awam.
Hasan Malek berkata Putrajaya tidak menyokong cadangan memboikot tersebut, tetapi tidak mempunyai kuasa untuk menyekatnya.Semalam, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Datuk Hasan Malek berkata Putrajaya tidak menyokong cadangan memboikot tersebut tetapi tidak mempunyai kuasa untuk menyekatnya.

Baru-baru ini selepas berakhir pilihan raya umum ke-13 (PRU13), beberapa NGO Melayu termasuk Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) secara terbuka menggesa memboikot perniagaan Cina, kempen tersebut kemudiaannya semakin meluas di kalangan blogger pro-BN.
PPIM juga dalam laman portalnya mendakwa “produk DAP” mesti diboikot oleh rakyat Malaysia yang cintakan keamanan dan keharmonian.

Antara blogger yang sudah memulakan kempen memboikot tersebut adalah bigdogdotcom.wordpress.com, gerakan-anti-pkr.blogspot.com, parpukari.blogspot.com, anotherbrickinwall.blogspot.com dan theunspinners.blogspot.com.

Pertikaian dan langkah menyalahkan pengundi masyarakat Cina bermula apabila Perdana Menteri dan Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak, menggunakan istilah “tsunami Cina” selepas keputusan pilihan raya menunjukkan BN kekal berkuasa tetapi prestasi merosot, apabila memenangi hanya 133 daripada 222 kerusi Parlimen.

Akhbar Umno, Utusan Malaysia, juga di muka depan pada Selasa lalu mengeluarkan tajuk “Apa lagi Cina mahu?” Sebagai tindakan menunjukkan keputusan pilihan raya dibentuk oleh kaum Melayu menentang kaum Cina.

Namun, penganalisis Merdeka Center menegaskan Pilihan Raya 2013 bukanlah “tsunami Cina” kerana ia menunjukkan peralihan besar masyarakat bandar berbilang kaum dan pengundi kelas menengah menentang BN.

Pengarah eksekutif Merdeka Center Ibrahim Suffian mengatakan bacaan Najib mengenai pilihan raya umum 5 Mei sebagai “tsunami Cina” tidak tepat kerana Melayu bandar turut mengundi untuk Pakatan Rakyat (PR).

Pnganalisis telah mengatakan kekalahan bersejarah BN dalam Pilihan Raya 2013 adalah disebabkan oleh gabungan tersebut kehilangan sokongan daripada kelas menengah dan pengundi bandar, mendalamkan lagi jurang bandar-luar bandar di negara ini.
BN hilang undi popular buat pertama kali semenjak 1969 ketika mereka masih Perikatan.

BN juga hilang lagi tujuh kerusi Parlimen kepada PR Ahad lalu. BN mendapat 133 kerusi sementara PR mendapat 89 kerusi Parlimen dalam Pilihan Raya 2013. The Malaysian Insider

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.