`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Sunday, May 26, 2013

REVOLUSI ANWAR IBRAHIM PASTI GAGAL?




Oleh : SSTDMM
ADAM Adli telah mengumumkan pada rakyat Malaysia bahawa dia telah memilih jalan raya sebagai jalan terakhir utuk menggulingkan Kerajaan Barisan Nasional yang telah memerintah Malaysia lebih daripada 50 tahun.

Daripada negara yang masih bertatih selepas kemerdekaan, kerajaan Barisan Nasional telah menukar Malaysia sebagai gergasi asia negara industri dunia.
Kerajaan inilah yang diimpikan oleh Adam Adli untuk digulingkan. Maka, apakah impian revolusi baru di Asia Tenggara ini mampu dilunaskan oleh Adam Adli, Anwar Ibrahim and the gang?

Apakah faktor-faktor di Malaysia sudah mencukupi untuk Anwar Ibrahim memulakan sebuah revolusi? Berjaya atau tidak, itu belakang kira. Di sini pentingnya sejarah untuk kita pelajari. Ada beberapa buah revolusi dunia yang memanggil saya untuk diceritakan kepada kalian. Kita harus menyelami sejarah revolusi dunia, dan bagaimana revolusi itu terjadi.

Kita bermula dengan sejarah silam. Sebuah revolusi yang dicatat sebagai antara revolusi terbesar yang pernah dunia lihat. Sebuah revolusi yang telah mengumpulkan 3 juta rakyat untuk menggulingkan Dinasti Han di China, pada penghujung zaman kejatuhan Han, dan antara fasa peralihan Dinasti Han kepada Zaman Tiga Kerajaan sebelum Dinasti Jin mengambil alih tampuk pemerintahan negara yang terlindung oleh banjiran Tibet dan Lautan Pasifik.

Mari kita kaji 'Yellow Turban Rebellion', yang merupakan revolusi pertama dalam sejarah dunia menjadikan warna sebagai lambang revolusi, yang kemudian kita dapat melihat percubaan revolusi yang sama berlaku di Malaysia iaitu BERSIH.

Masing-masing menjadikan warna kuning sebagai lambang revolusi mereka. Ya, the colour revolution telah bermula awal sejak pada kurun kedua selepas masihi.

Yellow Turban Rebellion berlaku pada zaman pemerintahan Emperor Ling. Diceritakan bahawa pada penghujung pemerintahan Han. Pada saat hujungnya umur Dinasti Han, dikatakan rakyat menderita.

Maharaja Ling dan beberapa orang Maharaja sebelum itu. Tetapi kita mesti ingat, bercambahnya perasaan tidak puas hati ini sebenarnya sudah lama. Kalau dirujuk pada sejarah, ada beberapa faktor yang menjadi pencetus kepada antara revolusi terbesar dalam sejarah dunia ini.

Ketika zaman-zaman terakhir pemerintahan Han, sang Maharaja banyak dipengaruhi oleh sida-sida yang menjadi penasihat istana. Mereka galak membuat sesuka hati mereka. Pegawai-pegawai kerajaan akan dipancung kepala sekiranya bersuara untuk rakyat.

Maharaja pula malas mahu memerintah, menyerahkan urusan negara kepada sida-sida. Malah, ketika bencana alam dan epidemik berlaku di dalam negara, Maharaja Han terakhir tidak pun 'Peduli' untuk membantu rakyat bahkan 'Cukai Dinaikkan Dengan Sesuka Hati'. Orang ramai menderita.

Tetapi ingat, penderitaan ini bukannya sekadar setahun dua, tetapi berlaku puluhan tahun sampai 'Rakyat Lebih Suka Untuk Mati Perjuangkan Hak Mereka' daripada 'Duduk Di Dalam Rumah'.

Apakah faktor utama kepada revolusi itu anda lihat di Malaysia? Rakyat Malaysia 'Lebih Rela Memilih Katil Empuk' atau 'Berjuang Tanpa Tidur, Makanan Dan Mungkin Hilang Nyawa?' Anda fikir?

Okey, alang-alang kita bercakap soal revolusi. Mari kita buka lembaran sejarah, kita selami satu demi satu revolusi yang berlaku di dunia. Moga fikiran kita akan terbuka. Cadangan saya kita teruskan dengan mengkaji dan belajar mengenai Revolusi EDSA di Filipina. Ini ialah revolusi yang antara yang terpantas menggulingkan kerajaan.

Ada persamaan revolusi EDSA dengan 'Bersih' dan 'Yellow Turban'. Masing-masing menggunakan warna sebagai lambang revolusi mereka. Warna kuning; pengkaji teori konspirasi pasti akan berpendapat bahawa ini ialah agenda 'Hidden Hand', tetapi di sini bukan tempat untuk kita bicara subjek lain dalam pengkajian teori konspirasi tetapi sekadar analisis jitu dan pembelajaran kita mengenai jenis-jenis revolusi yang menurut saya harus dikenang dan dikaji.

Kembali kepada topik kita, revolusi EDSA. Apa yang menariknya mengenai revoulis EDSA sebenarnya diketuai oleh seorang senator bernama wanita yang bernama Corazon Aquino yang seterusnya menjadi Presiden Wanita Pertama di dunia. Apa yang kita perlu tahu, terdapat banyak persamaan dalam revolusi ini dengan gerakan menggulingkan kerajaan yang sedang dilancarkan oleh Anwar And The Gang.

Siapa yang tidak kenal dengan Presiden Ferdinand Marcos, salah seorang diktator yang terkenal di dunia. Sejarah kediktatoran Ferdinand Marcos bermula apabila apabila pada tahun 1965, Marcos memenangi pilihanraya presiden.

Namun 5 tahun di bawah pemerintahan Marcos menyaksikan janji-janji 'Bulan Dan Bintang' Marcos 'TIDAK' ditunaikan semasa pilihanraya bahkan, Filipina menjunam teruk dalam korupsi dan penindasan. Bilangan mereka yang miskin semakin bertambah, manakala jurang antara orang miskin dan kaya semakin melebar.

Penggal kedua Marcos, dia masih memenangi pilihanraya tetapi dengan tuduhan bahawa Marcos telah menipu pilihanraya. Pengal kedua Filipina di bawah Marcos menyaksikan bahawa negara Filipina dilabelkan antara negara Asia yang paling teruk korupsinya di dunia, rakyat semakin sengsara sehingga tertubuhnya NWA (New People Army).

Ketika itu rakyat sudah menderita tersangat di bawah Marcos. Lantas, Marcos menyedari bahawa mungkin dirinya akan kalah pada pilihanraya yang akan datang. Menggunakan kuasa sebagai presiden yang dimilikinya berpandukan perlembagaan Filipina, maka Marcos mengumumkan undnag-undang darurat.

Di sinilah bermulanya kediktatoran Marcos. Selama 21 tahun Filipina sengsara di bawah Marcos.

Sehinggalah tiba detik pada pada 1983, suami kepada pemimpin Revolusi EDSA di Filipina ditembak mati oleh Rejim Marcos. Ninoy Aquino merupakan seorang yang sangat menentang pemerintahan Marcos. Ketika dia kembali dari penahanan politik, sebaik sahaja tiba di lapangan tebrang, Marcos telah mengupah orang untuk menembak Ninoy sampai mati.

Di sini ialah kemuncak kepada kemarahan rakyat Filipina. Seorang suri rumah akhirnya menjadi penggerak dan pemimpin kepada Revolusi EDSA, iaitu isteri Ninoy sendiri, Corazon Aquino.

Para penjilat punggung Marcos daripada kumpulan tentera dan ahli politik sendiri telah memberi amaran kepada Marcos, dia harus berbuat sesuatu iaitu mengembalikan pilihanraya yang telah dihalangnya selama ini menggunakan undang-undang darurat. Justeru, dunia melihat pilihan raya pertama di Filipina selepas puluhan tahun.

Pada tahun 1985, akibat tidak tahan dengan desakan polis dunia iaitu USA, maka pilihanraya terpaksa dilakukan di Filipina. Corazon Aquino, si suri rumah yang mengetuai revolusi akan bertanding dengan Marcos, si DIKTATOR.

Malangnya, pilihanraya ini terdapat unsur penipuan dan kali ini disertakan dengan bukti 'Kukuh'. Bukti kukuh inilah yang telah menarik perhatian Presiden USA ketika itu. Ronald Reegan telah mengesa agar Marcos berundur. Namun, Marcos tetap berdegil.

Kemuncak kepada pemerintahan Marcos ialah orang kanan Marcos akhirnya mengumumkan meletak jawatan. Mereka kemudiannya akan dilantik menjadi Ketua Polis oleh Presiden Aquino.

Kemudian, mesej telah disebarkan kepada seluruh Filipina agar semua rakyat turun ke Epifanio de los Santos Avenue, sebuah yang dikenali sebagai EDSA.

Nama revolusi ini diambil daripada nama tempat sebuah tempat di Filipina yang menjadi saksi kepada revolusi ini. Dikatakan sebanyak 1.5 juta orang rakyat telah berhimpun di sana, menyeru Marcos meninggalkan jawatan presiden.

Selepas empat hari, Marcos terpaksa akur dan revolusi ini dikenali dunia sebagai revolusi yang paling menjimatkan kos dalam sejarah dunia.

Apa yang saya nampak, pihak pembangkang cuba menggunakan modus operandi yang mahu melihatkan kerajaan BN seakan-akan menipu pilihanraya, dengan bukti-bukti yang di bawa oleh mereka yang kemudiannya dibuktikan sebagai palsu oleh kerajaan dan banyak page pro-BN.

Mereka cuba mewujudkan Corazon Aquino kedua di Malaysia. Selepas itu, mereka cuba memohon bantuan Amerika, mahu mewujudkan situasi yang sama apabila presiden Amerika mengencam rejim Markos. Lihat sahajalah facebook Obama dispam oleh Cina DAP yang tidak mengenal erti bersyukur. Malangnya, Obama tidak melayan mereka sebaliknya mengirimkan ucapan tahniah.

Tetapi ada sesuatu yang membuatkan rancangan pihak PR gagal, iaitu BN bukanlah rejim Marcos. Demokrasi tidak pernah mati seperti mana yang dikatakan oleh pembangkang dan Malaysia di bawah BN semakin hari semakin maju, dengan lambakan pelabur asing masuk, dengan peningkatan GDP negara, dengan pengurangan peratus kemiskinan tegar dan kemiskinan, berbeza sekali dengan Filipina di bawah rejim Marcos.

Bahkan, Filipina pada hari ini, yang sudah melalui dua revolusi, iaitu satu lagi revolusi yang dikenali sebagai Revolusi EDSA II, tetap tidak mampu berdiri setanding Malaysia.

Ciri-ciri revolusi yang mahu dibangkitkan oleh Anwar and The Gang yang saya nampak kali ini ialah Reformasi 1998 di Indonesia. Tahukah anda perkataan reformasi yang di bawa oleh Anwar sebenarnya datang daripada Reformasi 1998?

Ada sedikit persamaan dalam Reformasi 1998 di Indonesia dengan reformasi yang cuba di bawa oleh Anwar. Mari kita buka helaian sejarah Indonesia.

Ketika pada krisis ekonomi pada 1997-1998, kebanyakan negara Asia di dunia mengalami masalah ekonomi ynag besar. Banyak yang terpaksa melutut di kaki IMF, yang merupakan dalang utama.

Antaranya ialah Indonesia, di bawah kepimpinan Presiden Suharto. Malangnya, Suharto telah meranapkan ekonomi Indonesia yang suatu masa dahulu mengatasi Malaysia.

Reformasi di Indonesia ini digerakkan oleh ribuan mahasiswa yang tidak berpuas hati dengan pemerintahan Suharto. Kompleks Parlimen yang menghimpunkan seluruh wakil rakyat yang dipilih telah di tawan oleh jutaan mahasiswa.

Revolusi menggulingkan Suharto ini agak menarik untuk dikaji kerana ianya digerakkan oleh mahasiswa. Di mana selepas jatuhnya Suharto, pemimpin revolusi ini seperti Amen Rais, Gus Dhur dan Megawati Soekarnoputri menjadi Presiden Indonesia.

Pemerhatian saya, di mana betapa 'genius' seorang manusia bernama Anwar Ibrahim. Dia menggunakan pelbagai modus operandi daripada berbilang revolusi di dunia dalam perancangannya.

Menggunakan elemen warna kuning yang sudah sinonim dengan revolusi di dunia, menuntut beberapa penambah baikan dalam pilihanraya. Antaranya ialah Dakwat Kekal.

Anwar tahu beberapa kelemahan dakwat kekal seperti mana yang berlaku di Iraq dan Afghanistan. Najib terpaksa akur kerana takut kehilangan undi, mahu menunjukkan kepada rakyat seberapa demokratik mungkin.

Kemudian, api Revolusi EDSA cuba dibakar. Sumbu sudah disediakan. Maka, Nurul Izzah menjadi hero. Mula mendabik super menjadi superwoman apabila menggemparkan Malaysia apabila mempertikaikan mengapa dakwat kekal boleh dipadam?

Sabar! Itu baru sahaja permulaan kepada cubaan menjadikan dan menimbulkan faktor yang membawa kepada Revolusi EDSA.

Lalu, ketika mereka tidak dapat menerima kekalahan PRU13. Mereka mula memainkan isu pilihanraya tidak bersih, demokrasi sudah mati, dan blackout. Mahu menggambarkan bahawa Najib seperti Marcos.

Mujurlah page-page pro BN seperti Saya Sayang Tun Dr Mahathir (SSTDM) dan Friends Of BN berjaya menangkis tuduhan mereka, namun masih ada yang buta hati.

Senjata yang telah meranapkan rejim Suharto di Indonesia cuba digunakan oleh Anwar. Kuasa mahasiswa; maka mahasiswa seperti Adam Adli yang rela dipergunakan oleh Anwar.

Malangnya, saya tidak nampak gelombang yang sehebat seperti Reformasi 1998 di Indonesia bakal bermula. Anwar Ibrahim akan gagal… kenapa? Anwar Ibrahim terlupa satu faktor 'Yang Menjadi Penggerak Kepada Revolusi'.

Kesengsaraan rakyat? Apakah rakyat Malaysia di bawah kerajaan BN benar-benar sengsara? Tanya pada diri anda? Saya kompilkan bersama anda tiga kisah Revolusi yang pernah berlaku dalam sejarah untuk ditatap oleh anda.
Apakah faktornya ada di sini? Zalimkah BN bila perut anda dengan buncit makanan? Tanya pada diri anda?

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.