`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Friday, May 3, 2013

Saiful TUNJUK PASSPORT Sebagai Bukti ADA DI MEKAH



Tidak lama sebaik saja video rakaman Saiful Bukhari membuat sumpah laknat di Mekah tersebar dan diberi perhatian oleh media perdana. Akhirnya timbul pertikaian daripada beberapa pihak yang mendakwa bahawa video rakaman itu diedit dan bukan dilakukan di hadapan Kaabah seperti yang didakwa.

Antara yang memberi komen tentang perihal video Saiful itu termasuklah mutawif yang biasa membawa jemaah umrah ke sana. Bagi menjawab pertuduhan tersebut, Saiful hari ini menampilkan pula bukti Passport Antarabangsanya di dalam twitter yang menunjukkan bahawa beliau ada di Mekah pada ketika itu.

Ada antara pengikut yang bertanya kenapa hanaya ada tarikh bulan Disember dan Ogos 2012, sedangkan video itu dirakam pada bulan April.
Bagaimanapun Saiful berkata itu adalah Cop Imigresen Singapura. Manakala cop Saudi Arabia bertulisan jawi, dalam bahasa Arab

Selepas ditanya bagaimana pula tiada cop dari Malaysia untuk bulan April, Saiful sekadar menjawab bagi warga Malaysia yang biasa keluar masuk negara ini tidak akan di cop. Hanya sekadar electonik scan sahaja .

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.