`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Sunday, June 23, 2013

JUMLAH SEBENAR PENDEMO #BLACK505 & INSIDEN ANGGOTA DBKL DIPUKUL !!

Foto-foto di bawah adalah bukti jelas menunjukkan bahawa pemimpin-pemimpin pembangkang telah berbohong tentang jumlah kehadiran pendemo di Padang Merbuk.

Menurut Minaq-Jinggo :
Saksikan rakaman foto # 66-69 yang dibuat pada jam 4.25 pm. Padang tidak sampai setengah pun penuh. 
Pastinya penganjur gagal menahan berduyun duyun peserta yang mula meninggalkan lokasi mulai jam 3.30 pm tanpa menunggu ucapan dari Anwar Ibrahim. seterusnya



Pakatan pembangkang sekali lagi dimalukan oleh rakyat kerana sambutan yang tidak menggalakkan. Rakyat begitu jelas sudah mual dengan politiking melampau pembangkang yang dilihat hipokrit. 

Apa tidaknya, Anwar dan kepimpinan pembangkang telah membelakangi dan sampahkan suara NGO Black505 supaya boikot majlis angkat sumpah pada 24hb Jun ini.

Seperti yang kita semua tahu, kesemua ahli parlimen Pembangkang akan hadir nanti, satu penghinaan kepada gesaan dan suara NGO-NGO pro-pembangkang Black505. Sungguh memalukan sekali!

Dan foto-foto di bawah jelas menunjukkan ibu bapa kanak-kanak ini telah melanggar Akta Keamanan 2012.



Sila baca ini juga : 
Tindakan provokasi dan kata-kata kesat sekumpulan peserta perhimpunan didapati menjadi punca insiden dua anggota penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dikasari di Padang Merbok petang semalam.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, satu laporan polis telah dibuat oleh seorang penguatkuasa DBKL berusia 51 tahun berhubung kejadian itu.
Beliau berkata, pengadu memaklumkan kejadian tercetus apabila seorang Kadet Inspektor Penguasa (KIP) dan Penguasa DBKL cuba mengambil gambar dan menutup khemah yang mula dipasang setelah mendapat arahan.
"Pengadu dan KIP telah ke khemah yang didirikan dan meminta orang yang bertanggungjawab untuk membuka khemah dan tiba-tiba, sekumpulan lelaki seramai 20 hingga 30 orang mengerumuni pengadu dan KIP," katanya melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) di sini malam tadi.
Beliau berkata, kumpulan itu kemudian membuat provokasi dengan menolak pengadu dan KIP serta melontarkan kata-kata kesat.
Pengadu dan KIP itu bagaimanapun berjaya dibawa keluar oleh anggota DBKL dan polis daripada kumpulan berkenaan sebelum insiden lebih teruk berlaku.
Kes akan disiasat di bawah Seksyen 186 kanun keseksaan iaitu menghalang penjawat awam menjalankan tugas, katanya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.