`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Tuesday, June 18, 2013

MASALAH ELEKTRIK KG ISTIMEWA SELESAI



LAWATAN.....Linda Tsen bersama pegawai SESB meninjau di kawasan perumahan PPRT Kampung Istimewa Batu Sapi.

oleh : SHAIMON S JUMADI
BATU SAPI : Ahli Parlimen Batu Sapi Datin Linda Tsen Thau Lin serta pegawai Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) telah membuat tinjauan ke Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) Kampung Istimewa untuk mengkaji masalah bekalan elektrik yang dihadapi penduduk.

Pihak Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) PPRT Kampung Istimewa telah mengemukakan permintaan kepada Wakil Rakyat itu supaya tiang elektrik dipasang untuk membolehkan bekalan elektrik disalurkan kepada penduduk di perkampungan berkenaan.
Datin Linda bersama pegawai SESB dan kakitangan pejabat Ahli Parlimen Batu Sapi termasuk Ketua Pegawai Perhubungan Kong Nyuk Thou telah turun padang untuk meninjau perkara tersebut. Usaha akan dibuat untuk mencari penyelesaian bagi mengatasi masalah tersebut.

"PPRT Kampung Istimewa terletak dalam kawasan Parlimen Batu Sapi dan saya sebagai ahli parlimen yang pilih semula dua penggal untuk menerajui kepimpinan kawasan Batu Sapi; akan bekerja keras untuk mempastikan kawasan Batu Sapi akan terus membangun dalam aspek pembangunan asas agar penduduk tegar BN di kawasan ini terus selesa menikmati pelbagai kemudahan yang diberikan oleh kerajaan BN,” ujarnya.

Tambahnya lagi, sejajar dengan konsep kerajaan BN di mana rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan dengan menepati janji; maka pihaknya akan terus fokus kepada arus pembangunan terutama sekali memenuhi hasrat para penyokong dan pengundi tegar BN yang masih tinggal di perkampungan pesisiran pantai.

31 comments:

  1. Congrats and hope everything will be fine.

    ReplyDelete
  2. nah jangan ingat Datin Linda enda pandai buat kerja.. mentang2 dia jarang masuk media, banyak la mulut2 konon dia duduk goyang kaki..

    ReplyDelete
  3. syabas kepada penduduk Batu Sapi kerana terus mengekalkan Datin Linda.. jangan risau, banyak lagi pembangunan akan sampai di Batu Sapi selepas ini..

    ReplyDelete
  4. Tiga aspek terutamanya bekalan air, elektrik dan infrastruktur akan diberi penekanan dalam usaha membangunkan daerah Tawau. Ini penting bagi memastikan rakyat menikmati pembangunan yang dibawa kerajaan.

    ReplyDelete
  5. Demikian ditegaskan Timbalan Menteri Pendidikan yang juga Ahli Parlimen Tawau Datuk Mary Yap Kain Chin.

    Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan kunjungan ke Jabatan Pengairan dan Saliran di Tawau

    ReplyDelete
  6. Dalam pada itu beliau juga berkata pihaknya akan berusaha untuk bekerjasama dengan jabatan tersebut dalam usaha untuk mengatasi masalah banjir yang berlaku di beberapa tempat di daerah tersebut.

    ReplyDelete
  7. Katanya usaha sedang dilakukan oleh jabatan berkenaan bagi mengatasi masalah itu dan pihaknya akan bekerjasama bagi memastikan proses tersebut dapat dilakukan dengan secepat mungkin.

    ReplyDelete
  8. In merupakan satu inisiatif yang baik kepada penduduk yang sentiasa inginkan kemudahan yang baik dan selesa.

    ReplyDelete
  9. This is one of the government's effort to enhance the overall image of Kg Selesai. Well done!

    ReplyDelete
  10. The performance of the Sabah Development Corridor (SDC), now in its second phase (2011-2015), has been encouraging, with 11 high-impact projects with an approved state government investment of RM1.7 billion being implemented, says head of state Tun Juhar Mahiruddin.

    ReplyDelete
  11. Total investments for SDC projects at end-2012 stood at RM14.5 billion, and SDC will step up efforts to expand value-added activities through collaborations with global firms and local small and medium entreprises, he said when presenting the government's policy speech at the opening of the first term of the 14th State Legislative Assembly sitting

    ReplyDelete
  12. Juhar said the state government will enhance efforts to attract more private investment and provide better infrastructure and highly-skilled manpower to spur SDC's development.

    ReplyDelete
  13. The state's manufacturing sector targets investments worth RM5.44 billion for infrastructure projects, with a focus on industry clusters such as the Palm Oil Industry Cluster (POIC) in Lahad Datu and Sandakan, the Sipitang Oil and Gas Industrial Park (SOGIP) and the Kota Kinabalu Industrial Park (KKIP)

    ReplyDelete
  14. RM5.44 billion is expected to go to SOGIP, RM1 billion to KKIP, RM415 million to POIC Lahad Datu, RM328 million to POIC Sandakan and RM1.2 billion to manufacturing.

    ReplyDelete
  15. The oil and gas sector, the main contributor to the state's gross domestic product, is expected to expand further with new oil discoveries off Sabah's coast

    ReplyDelete
  16. the state's good governance, financial management and integrity have given foreign and domestic investors the confidence to invest, pointing out that in 2012, Sabah was third among the states in attracting investments into the manufacturing sector after Selangor and Johor.

    ReplyDelete
  17. Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah menyokong cadangan untuk menaikkan gaji wakil rakyat di negeri ini selaras dengan arus perkembangan ekonomi semasa.

    ReplyDelete
  18. Bagi ADUN Pantai Manis, Datuk Abdul Rahim Ismail berkata kenaikan gaji itu seharusnya dipertimbangkan bagi memenuhi kehendak rakyat terutama golongan yang kurang berkemampuan di kawasan yang diwakili.

    ReplyDelete
  19. “Saya bersetuju jika ada cadangan untuk menaikan gaji Adun di Sabah kerana rakyat sekarang mahu kami (wakil rakyat) bekerja lebih gigih dan membantu membela nasib mereka.

    ReplyDelete
  20. Kenaikan ini perlu dilihat berdasarkan keadaan semasa dan walaupun tidak naik seperti di Sarawak, sekurang-kurang 100 peratus sudah cukup memadai,” katanya yang juga bekas Menteri Pertanian dan Industri Makanan negeri.

    ReplyDelete
  21. Pada Mei lepas, Dewan Undangan Negeri Sarawak meluluskan kenaikan gaji bulanan ketua menteri, timbalan ketua menteri, menteri, pembantu menteri dan anggota dewan undangan negeri itu, sebanyak kira-kira tiga kali ganda.

    ReplyDelete
  22. Gaji untuk Ketua Menteri naik daripada RM13,000 kepada RM39,000; Timbalan Ketua Menteri, RM11,500 kepada RM35,000; menteri kanan dan speaker DUN RM9,000 kepada RM30,000; menteri, RM9,000 kepada RM27,000; pembantu menteri dan timbalan speaker, RM7,000 kepada RM21,000; anggota dewan undangan negeri, RM4,500 kepada RM15,000 dan setiausaha politik, RM3,000 kepada RM9,000.

    ReplyDelete
  23. ADUN Lumadan yang juga Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri Datuk Kamarlin Ombi berkata cadangan kenaikan itu perlu dikaji bagi meningkatkan taraf kehidupan rakyat yang mendapat pembelajaan yang sewajarnya.

    ReplyDelete
  24. Sementara itu, Ketua Pembangkang Sabah yang juga ADUN Klias Datuk Seri Lajim Ukin berkata, pihaknya akan mengkaji cadangan itu sama ada bersesuaian dengan kehendak semasa ataupun tidak.

    ReplyDelete
  25. “Kenaikan gaji ADUN akan membabitkan wang cukai rakyat tetapi jika ia bersesuaian sudah tentu kita akan menyokong cadangan itu,” katanya

    ReplyDelete
  26. Linda menepati janjinya pada penduduk. moga masalah elektrik dikawasan lain jg akan dpt diatasi.

    ReplyDelete
  27. Kerajaan akan memastikan sebarang kenaikan tarif elektrik bergantung kepada kenaikan kos bahan api dan bukannya untuk memberi keuntungan tambahan kepada syarikat utiliti.Ia susulan pelaksanaan mekanisme Fuel-Cost Pass Through (FCPT) yang membolehkan syarikat utiliti menyalurkan secara terus sebarang kenaikan kos bahan api kepada pengguna.

    ReplyDelete
  28. Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili, berkata sebarang penetapan kos juga perlu mendapat persetujuan kerajaan bagi mengambil kira beban pengguna.
    Sekiranya berlaku sebarang kenaikan harga (bahan api), sudah tentulah semakan tarif, tidak dapat dielakkan kerana gas adalah bahan api utama dalam penjanaan elektrik” Maximus Ongkili, Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air

    ReplyDelete
  29. Katanya, ketika ini PETRONAS menetapkan harga gas bagi menjana elektrik RM13.70MMBtu, jauh lebih rendah daripada RM40MMBtu harga pasaran bagi memastikan kadar runcit tenaga lebih rendah.Bahan api utama“Sekiranya berlaku sebarang kenaikan harga (bahan api), sudah tentulah semakan tarif, tidak dapat dielakkan kerana gas adalah bahan api utama dalam penjanaan elektrik.

    ReplyDelete
  30. “Sebarang perubahan harga bahan api akan disamakan (ditampung) kepada TNB dan TNB dibenarkan melepaskan kos itu kepada pengguna melalui prinsip FCPT.“Ini bermakna kenaikan tarif elektrik bergantung kepada kenaikan kos bahan api dan bukan untuk memberi keuntungan tambahan kepada TNB,” katanya

    ReplyDelete
  31. FCPT adalah mekanisme di bawah Kawalselia Berdasarkan Insentif (IBR) Suruhanjaya Tenaga dalam meningkatkan kecekapan operasi syarikat utiliti, dengan syarikat terbabit akan menerima insentif atau dikenakan penalti, sekiranya gagal mencapai prestasi ditetapkan.Maximus berkata, melalui FCPT pengguna elektrik 200Kwh sebulan akan kekal pada kadar 21.8 sen setiap kilowatt.Beliau berkata, mereka yang menggunakan elektrik kurang 92Kwh sebulan atau kurang RM20 sebulan, akan terus diberi rebet.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.