`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Wednesday, July 24, 2013

[Gambar] Orang Kuat PIBG dan Guru Besar Berbuka Puasa di dalam Bilik Mandi dan Persalinan SK Sri Pristana

Gambar blog Mazidul. Orang kuat PIBG dan guru besar sedang berbuka puasa di bilik mandi dan persalinan yang menjadi kontroversi.
Gambar milik ibu yang mengadu di FB. Kelihatan tandas di sebelah bilik mandi dan persalinan.

Gambar kantin sekolah milik ibu yang mengadu di FB. Kantin ini dikatakan sedang diubah suai. Menurut blog Mazidul kerja-kerja menukar pintu kayu kepada pintu kaca sedang dilakukan sejak 1 Ramadan. Sudah 2 minggu, masih belum siap? Kalau baca berita perdana, anda boleh baca alasan-alasan lain yang dikemukakan oleh pelbagai pihak. Besarkan imej untuk lihat! Menurut ibu murid, sekolah mengarahkan murid makan di bilik itu kerana bimbang kantin akan kotor. Siapa yang betul???

Usaha "cover up" kes ini sedang giat dijalankan. Setakat ini, tiada permohonan maaf daripada pihak sekolah. 

Pada TM, kalau benarpun sebelum Ramadan kantin sekolah tidak dapat menampung jumlah pelajar, mengapa semasa Ramadan, pelajar masih perlu menggunakan bilik mandi dan persalinan? Jika dilihat pada gambar kantin di atas, jelas kantin itu boleh digunakan oleh beberapa orang pelajar bukan Islam. Tidak kelihatan pun kerja-kerja pengubahsuaian yang membahayakan pelajar.

Lagi mengelirukan apabila pelbagai alasan berlainan diberikan untuk menjawab isu ini.

Walaupun bilik mandi dan persalinan itu dibersihkan, diwangikan, namun tindakan itu tidak boleh mengubah persepsi ibu bapa bahawa bilik itu tidak sesuai untuk dijadikan sebagai tempat makan. Sebagai bapa, TM berpegang pada prinsip bahawa bilik itu tidak sesuai dijadikan tempat makan dan tidak rela anak sendiri makan di bilik itu. Ini bukan soal politik, bukan soal rasis, tetapi soal tempat makan yang selesa dan yang sepatutnya. -DCM

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.