Baru2 neh telah didedahkan jumlah kutipan saman dan berapa yang syarikat dan kerajaan perolehi daripada hasil kutipan saman AES.
Rujuk ;
AES: Syarikat dapat RM13.55j, kerajaan RM3.4j
KUALA LUMPUR: Kerajaan berjaya mengutip sebanyak RM20,020,500 kompaun hasil Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) bermula 11 Jun 2013 hingga 23 September 2012 dengan kutipan lebih kurang 10 peratus.
Menurut jawapan bertulis Menteri Pengangkutan kepada soalan Ahli Parlimen Kota Melaka Sim Tong Him di Dewan Rakyat hari ini, dalam tempoh yang sama sebanyak 673,339 saman kesalahan AES dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Berdasarkan Formula Tiga Langkah dalam Perjanjian Konsesi, agihan kutipan saman sehingga 15 Mei 2013 adalah sebanyak RM13,550,758 diberikan kepada syarikat manakala RM3,429,910 kepada kerajaan.
Ini apa yang aku faham mengenai berita di atas.
1. Sejumlah 673, 339 saman telah dikeluarkan.
2. Jumlah kutipan yang berjaya diperolehi ialah RM20,020,500
3. Ia merujuk kepada 10% dari jumlah keseluruhan. Maksudnya bukan 100% keluar saman 100% kerajaan dapat memperolehi bayaran. Tak pasti kenapa 10% jek. Mungkin lagi 90% tak perlu bayar ataupun yang lagi 90% memang takmo bayar. Jika mereka takmo bayar, sila bayangkan, dengan 10% jek mereka dah raih rm20juta. Itu satu angka yang sangat besar beb.
4. Kerajaan gunapakai formula 3 langkah dalam perjanjian dengan syarikat2 terbabit.
Oke stop sini. Apa itu formula 3 langkah? Rujuk jadual.
Sekarang apa yang aku faham mengenai formula 3 langkah?
1. Langkah pertama. Setiap syarikat dapat RM16 x jumlah bilangan saman. Syarikat hanya akan dapat bayaran jika pesalah trafik jelaskan bayaran. Ia juga ada hak maksimum. Ia tertakluk sampai 5 juta saman sahaja. Mungkin selepas 5 juta saman dikeluarkan, mereka akan charge lain. Samada kadar berkurangan ataupun bertambah aku tak sure sebab tak dijelaskan dalam jadual tersebut.
2. Langkah kedua. Setiap syarikat akan dapat 50% baki bayaran saman selepas langkah 1 tamat dijalankan. Maksudnya begini. Mula2 syarikat dapat rm16 dulu untuk setiap jenis saman yang dah dapat duitnya. Lepas dah tolak RM16, maka bakinya akan dibahagi sama rata antara kerajaan dan syarikat kendali AES. Ada had maksimum juga. Sampai mereka collect RM270juta.
3. Langkah ketiga. Selepas langkah 1 dijalankan, dan langkah 2 mencapai kuota, maka pembahagian bukan 50-50 lagi dah. Sebaliknya 7.5% untuk syarikat, yang selebihnya untuk kerajaan.
Contoh kes.
RM300 - 16 [kadar untuk 5 juta saman] = 284/2 [50-50]= 142 untuk syarikat dan kerajaan sampailah syarikat dapat perolehan sebanyak RM270 setahun.
Maka langkah ketiga akan digunapakai ;
RM300 - 16 [kadar untuk 5 juta saman] = 284/2 [7.5 - 92.5] = Rm21.3 untuk syarikat dan 262.7 untuk kerajaan.
Sekarang kita kira pula untuk jumlah saman yang dah dapat bayaran nya balik baru2 neh.
66, 735 jumlah saman yang dah dapat duitnya daripada 673, 339 jumlah saman yang dikeluarkan, lebih kurang 10% dari jumlah saman yang dikeluarkan. Angka neh dapat kat parlimen, jawapan menteri.
Dari hampir 67 ribu saman yang dikeluarkan, syarikat dapat 13.55juta, kerajaan dapat 3.4juta.
66,735 JUMLAH SAMAN x RM16.00 = RM1,067,760.00
RM20,020,500.00 - RM1,067,760.00 = RM18, 952,740.00 / 2 [ikut kiraan 50-50] = RM9,476,370.00
Untuk syarikat ;
RM1,067,760.00 + RM9,476,370.00 = RM10, 544,130.00
Untuk kerajaan ;
RM9,476,370.00
Aku kira berdasarkan apa yang aku faham mengenai jadual di atas. Kalau ikut apa yang tercatat di jadual tersebut, kerajaan sekarang dapat sikit sangat neh. Mereka dapat RM3.4juta jek berbanding RM9juta. Betul ke menteri bagi jawapan macam neh? Salah baca jawapan atau salah tulis jawapan ataupun memang itu jek yang kerajaan benar2 dapat ataupun model pengiraan tue sebenarnya berbeza dari apa yang aku fahamkan?
Mohon menteri jawab kenapa kecelaruan ini timbul.
Sekian.
- amenoworld
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.