Sebab itulah Muslimat PAS Kawasan Besut dikatakan memboikot pilihanraya kecil tersebut
KUALA BESUT: Bekas calon PAS bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut Mei lalu, Napisah Ismail tidak kelihatan sepanjang kempen pilihanraya kecil Kuala Besut ini.
Free Malaysia Today berusaha untuk mengesan Napisah tetapi tidak berjaya. Pemerhati politik percaya beliau merajuk kerana tidak diberi peluang bertanding sekali lagi.
Sebab itulah Muslimat PAS Kawasan Besut dikatakan memboikot pilihanraya kecil tersebut.
Dua bulan lepas, Napisah yang juga seorang suri rumah selaku calon pertama wanita PAS di Terengganu berhadapan dengan calon BN, Allahyarham Dr Abdul Rahman Mokhtar. Beliau mendapat 6,375 undi kurang 2,434 undi daripada undi yang dikutip Dr Rahman sebanyak 8,809 undi.
Pada pilihanraya kecil Kuala Besut yang akan diadakan esok, PAS meletakkan Azlan Yusof menentang calon BN, Tengku Zaihan Che Ku Rahman. Seramai 17,679 pengundi akan keluar mengundi pada hari esok.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.