`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Saturday, July 20, 2013

PEROMPAK Meninggal Dunia TERSEPIT DI BESI TINGKAP

Di tingkap inilah suspek yang hanya berseluar dalam ditemui mati tersepit dicelah besi tingkap.


IPOH - Seorang pencuri yang berusia 27 tahun meninggal dunia selepas tersepit di antara besi tingkap ketika cuba untuk menyelinap masuk ke dalam sebuah rumah di Taman SAZ Silibin di sini.

Ketua Polis Daerah ACP Sum Chang Keong berkata tiada siapa yang berada di rumah pada ketika kejadian.

"Pemilik rumah yang berusia dalam lingkungan 50-an secara tidak sengaja bertemu dengan suspek yang sudah mati di tingkap dapur rumahnya bersama beberapa peralatan yang digunakan untuk memecah rumah ketika pulang pada waktu tengah malam," katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurut beliau, laporan bedah siasat daripada Hospital Raja Permaisuri Bainun menunjukkan suspek yang hanya berpakaian seluar dalam telah meninggal dunia akibat lemas.

Identiti suspek ialah pemuda Melayu berusia 27 tahun.

Kredit berita dan gambar : Bernama, SinChew

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.