`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Saturday, July 6, 2013

Pulau Pinang Akan Diisytiharkan Sebagai Negeri Kristian Secara Rasmi Dalam Tempoh Terdekat

kristiandap1
Kemenangan besar di Pulau Pinang pada PRU13 lalu, telah membuatkan DAP sedar bahawa usaha mereka mengubah Perlembagaan Malaysia semakin tidak terhalang. Pulau Pinang akan diisytiharkan sebagai Negeri Kristian pertama di Malaysia manakala Selangor pula menjadi hub pengembangan dengan pusat pendakwahan Katholik terbesar di Asia Tenggara, bagi menggantikan kedudukan Filipina.
SEL13.COM 
Walaupun Sabah dan Sarawak merupakan dua negeri yang mempunyai bilangan penganut Kristian yang ramai dan majoriti daripada komposisi penduduk, namun disebabkan penganut-penganut Kristian di kedua-dua negeri tersebut adalah Pribumi dan Bumiputera, kecenderungan untuk mencetuskan masalah dan bermegah-megah dengan kebencian terhadap Perlembagaan Malaysia tidaklah begitu ketara.
Kalaupun para pemimpin DAP Sarawak yang juga bertindak sebagai mubaligh Kristian, cuba berlagak dengan kemenangan mereka, mereka sendiri tidak akan berani membuat sebarang perisytiharan di Sarawak. Sebaliknya mereka akan menyeberang Laut China Selatan dan menuju ke Pulau Pinang.
Tidak lama dahulu, beberapa hari selepas berakhirnya Pilihanraya Negeri Sarawak, para pemimpin dan calon-calon DAP Sarawak yang menang, telah berkumpul di Pulau Pinang bersama-sama dengan gerombolan pastor dan paderi. Pendedahan tentang sumpah ikrar mereka untuk menjadikan Malaysia sebagai Negara Kristian telah menggemparkan negara.
DAP menerusi Lim Guan  Eng, dengan pantas menafikan berita berkenaan dan menyifatkannya sebagai satu fitnah. Sebaliknya Setiausaha Agung DAP itu menyatakan bahawa DAP menjunjung tinggi Perlembagaan Malaysia yang telah meletakkan Islam sebagai agama rasmi Persekutuan dan sebarang cubaan untuk mengubah perkara berkenaan akan ditentang oleh DAP secara habis-habisan.
Bagaimanapun, itu hanyalah pemanis mulut Lim Guan Eng dan DAP.
Hakikatnya, DAP sedang bergerak secara aktif untuk menjadikan Kristian Katholik dan Methodist yang mereka anuti sebagai agama rasmi negara ini. Beberapa kes pemurtadan yang turut melibatkan para pemimpin DAP, telah berlangsung di Selangor. Hanya kerana enggan menjadikan negara ini sebagai kawah berdarah kerana pertempuran kaum, para pembesar dan penguasa Melayu-Islam mengambil jalan tengah tanpa mahu membesar-besarkan perkara berkenaan.
Mungkin kerana itulah, DAP semakin bongkak dan angkuh. Kemenangan besar di Pulau Pinang pada PRU13 lalu, telah membuatkan DAP sedar bahawa usaha mereka mengubah Perlembagaan Malaysia semakin tidak terhalang. Pulau Pinang akan diisytiharkan sebagai Negeri Kristian pertama di Malaysia manakala Selangor pula menjadi hub pengembangan dengan pusat pendakwahan Katholik terbesar di Asia Tenggara, bagi menggantikan kedudukan Filipina.
SEL13.COM mendapat maklumat tentang persiapan terakhir DAP Pulau Pinang yang diketuai oleh Lim Guan Eng untuk membuat pengisytiharan Pulau Pinang sebagai Negeri Kristian di Malaysia apabila beberapa desakan mereka terhadap Kerajaan Malaysia, termasuklah memindahkan kuasa DYMM Yang Di-Pertuan Agong menerusi SPR kepada Jawatankuasa Parlimen yang disertai oleh Lim Kit Siang untuk memantau SPR, sudah dipenuhi.
Pengisytiharan Pulau Pinang sebagai Negeri Kristian rasmi pertama di Malaysia, akan membantu DAP mengaut lebih banyak kerusi dalam Pilihanraya Negeri Sarawak yang dijangka akan berlangsung pada tahun hadapan. DAP akan menggunakan kejayaan tersebut sebagai umpan kepada para pengundi, khususnya Bumiputera-Kristian di Sarawak agar menjadikan DAP sebagai payung mereka agar Sarawak menjadi Negeri Kristian kedua selepas Pulau Pinang.
Di Pulau Pinang, kegiatan pemurtadan sedang giat dijalankan. Lebih banyak ikon serta simbol Kristian dinaikkan di serata negeri berkenaan tanpa dapat dihalang atau ditegur oleh sesiapa pun. Kedudukan DYMM Yang Di-Pertuan Agong selaku Ketua Agama Islam di Pulau Pinang, telah dipandang remeh dan langsung tidak memberikan sebarang kesan kepada mereka.
Dan kalau kita perhatikan, kecenderungan tentera Red Bean Cina DAP menghentam, menyerang dan menghina DYMM Yang Di-Pertuan Agong serta Raja-Raja Melayu, merupakan antara strategi utama untuk mendapatkan hak bagi penubuhan Pulau Pinang sebagai Negeri Kristian. Walaupun DAP mungkin berselindung di sebalik segala macam penipuan yang mereka lakukan, terutama sekali menerusi persekongkolan dengan PAS dan PKR, hakikatnya DAP lebih bijak beroperasi secara senyap-senyap dan lebih halus dengan penafian menjadi rukun hidup mereka.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.