`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Thursday, July 18, 2013

Rafizi Londeh Lagi, SPR Dapat Topi Semasa PRU

Rafizi dedah Mohamed Salleh terbabit dua lagi syarikat pembekalan SPR

[tmi]- Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli (gambar) hari ini mendedahkan dua lagi syarikat yang dikawal oleh Mohamed Salleh Mohd Ali iaitu Nash Ventures Sdn Bhd dan Allisons Sdn Bhd yang dikatakan mempunyai kaitan mendapat kontrak pembekalan secara rundingan terus daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Semalam, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kasim  di Dewan Rakyat mengesahkan Nash Ventures Sdn Bhd mendapat kontrak perbekalan topi dari SPR semasa Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13) lalu.

Rafizi berkata, berdasarkan carian di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Mohamed Salleh adalah pengarah kepada Allisons Sdn Bhd bersama Shamsia Mansoor dan wanita itu juga adalah pengarah di Nash Ventures Sdn Bhd.
  
Menurut Pengarah Strategi PKR itu, berkemungkinan Mohamed Salleh dan Shamsia adalah pasangan suami isteri kerana tinggal di alamat yang sama dan nombor MyKad kedua-duanya menunjukkan berasal dari Singapura.
Pejabat Mohd Salleh dikatakan beroperasi dalam bangunan di Shah Alam ini. - Gambar The Malaysian Insider oleh Hasbullah Awang Chik, 18 Julai, 2013.
Pejabat Mohd Salleh dikatakan beroperasi dalam bangunan di Shah Alam ini
Bukan Dakwat Saja Dibekal Pada SPR, Turut Bekal Topi Dan Baju-T Untuk Kegunaan SPR !

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.