`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Tuesday, July 23, 2013

Rasuah di dalam masjid di bulan Ramadan

PAS merujuk kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin yang meluluskan peruntukan lebih RM300,000 ketika berucap dalam sebuah masjid di Kuala Besut.
PETALING JAYA: Bolehkah kempen pilihan raya kecil Kuala Besut yang akan berakhir tengah malam ini dianggap sebagai rasuah politik.
Semua isu dibangkit dan diketengahkan dalam kempen yang bermula 12 Julai lalu. Rakyat Kuala Besut dihidangkan dengan beribu janji.
Janji-janji projek-projek pembangunan merupakan yang paling kerap ditaburkan kepada pengundi dan penduduk sekitar Kuala Besut.
Janji bukan sahaja dibuat di  pentas ceramah tetapi juga di dalam masjid.
Ini menyebabkan Timbalan Pengarah Jawatankusa Induk PAS Terengganu, Saiful Bahari Mamat berkata, pemimpin lawan telah melakukan rasuah di dalam masjid semasa berkempen.
Beliau merujuk kepada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang meluluskan peruntukan lebih RM300, 000 ketika berucap dalam sebuah masjid di Kuala Besut.
Menurutnya, berpolitik dalam masjid  telah diharamkan oleh Tan Sri Harussani sebelum ini.
“Itu rasuah di dalam masjid di bulan Ramadan,” tambah Adun Paka di Terengganu itu.
Janji pembangunan
Tidak dapat dinafikan sama sekali janji pembangunan merupakan yang paling teratas dalam kempen pilihan raya Kuala Besut ini.
Tidak hairanlah Kuala Besut akan dilimpahi pelbagai projek yang sebelum ini mungkin menjadi mimpi mereka.
Kempen yang kelihatan tenang, kini telah muncul dengan pelbagai pendedahan baru, kononnya pemberian duit raya kepada pengundi.
Menurut seorang penduduk Besut, jentera PAS Kelantan kelihatan lebih aktif dan ramai berbanding dengan dari negeri-negeri lain termasuk Terengganu sendiri.
Ini termasuk begitu ramai pemimpin PAS Kelantan yang datang ke Kuala Besut bagi membantu calon PAS iaitu Endot@Azlan Yusof.
Malah mereka membawa gambar dan poster Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaakob sepanjang tempoh berkempen di Kuala Besut ini.
Begitu juga poster pemimpin-pemimpin PAS Kelantan yang lain.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.