`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Friday, July 5, 2013

Surat Daripada "Pendeposit Tabung Haji"


I have received the following comments from a "Pendeposit Tabung Haji". It is very cleverly written. 

Pendeposit Tabung Haji said...

Dengar khabar Pengerusi baru Azeez telah mengarahkan Jabatan Komunikasi Tabung Haji untuk menjemput pihak akhbar, media dan bloggers jemputan untuk aktiviti tahunan ke Mekah dan Madinah pada bulan Ramadhan dan musim Haji.  (I am not involved in this ok)

Senarai pendek akan diumumkan dalam jangka masa terdekat. Kepada sesiapa yang berminat, sila hubungi Ketua Jabatan Komunikasi Tabung Haji. Seperti biasa, tujuan utama lawatan adalah untuk memberi gambaran yang tepat betapa hebatnya mutu perkhidmatan Tabung Haji di persada antarabangsa. 

Dengar khabar Pengerusi baru Azeez akan menjemput pihak media melihat operasi anak syarikat TH di Arab Saudi iaitu TH Real Estate Company (TH RE) yang telah ditubuhkan pada 2009. 

Pasti pihak media ingin tahu mengapa TH Real Estate Company yang masih tidak mampu memberi sebarang pendapatan (zero revenue) perlu menghabiskan SR2.5 juta setahun untuk kos gaji dan elaun pekerja yang hanya 5 orang sahaja (1 CEO, 2 orang pekerja Malaysia dan 2 pekerja Arab)? 

Pihak media pasti ingin tahu benarkah gaji CEO TH Real Estate telah dinaikkan dari RM30k sebulan ke RM70k sebulan? 

Azeez yang juga selaku Pengerusi TH Real Estate Company pasti akan mengambil kesempatan yang terbaik ini untuk mejelaskan kepada pihak media bahawa CEO TH Real Estate Companybukanlah kawan karib Jasmi Ismail, iaitu abang dengan CEO Tabung Haji seperti yang digembar-gemburkan oleh pihak yang tidak bertanggung jawab. 

Azeez akan menerangkan kepada pihak media matlamat utama Tabung Haji adalah untuk terus mencatat keuntungan tahunan melebihi RM2 billion dan mampu memberi dividen yang kompetif   8% setahun kepada para pelabur. 

Maka itu, tidak perlu pihak media mempersoalkan jarak hotel penempatan jemaah Muasasah di Mekah yang amat jauh (sekitar 1 km) dari Masjidil Haram dan isu sarapan pagi yang masih tidak mampu disediakan oleh Tabung Haji. 

Pihak media perlu sedia maklum, Tabung Haji telah sekian lama menyediakan pakej2 mewah (yang berharga RM30k) kepada jemaah2 yang cerewet tentang isu remeh temeh seperti jarak penginapan dan sarapan pagi.

Selepas lawatan ke Mekah dan Madinah, dengar khabar Azeez akan menjemput pihak media melawat 2 bangunan yang baru dibeli Tabung Haji di London dengan jumlah pelaburan £370 (RM1.8 billion). 

Azeez juga akan menjelaskan kepada pihak media mengapa Tabung Haji perlu aggresif membuat pelaburan di bidang hartanah di London walaupun operasi haji hanya bertumpu di Mekah dan Madinah sahaja. 

Azeez juga akan menerangkan kepada pihak media keputusan Tabung Haji untuk membeli bangunan di 151 Buckingham Palace Road pada harga yang lebih tinggi (£205 juta) dari harga pasaran (£190 juta)

Azeez akan mengesahkan kepada pihak media sama ada penyewa (Little Ship Sailing Club) di 10 Queen Street Place London hanya menyediakan minuman keras dan makanan tidak halalkepada semua pelanggan atau hanya kepada pelanggan yang bukan Islam. 

Kenyataan Azeez adalah amat penting kerana ada desas desus bangunan di 10 Queen Street Place London mempunyai penyewa (Little Ship Sailing Club) yang menyediakan minuman keras dan makanan tidak halal kepada pelanggan (laman web: http://littleshipclub.co.uk/). 

Azeez selaku Pengerusi Tabung Haji yang baru dan semestinya berwibawa dan berpandangan jauh akan memastikan semua pelaburan Tabung Haji terutamanya di London adalah 100% berteraskan prinsip syariah

Setelah penat dengan sesi lawatan dan soal jawab, pihak media juga akan dijemput untuk menjamu selera di rumah baru CEO I**ee di Notting Hills yang berharga 5 juta (tolong jangan tanya mana CEO dapat duit sebanyak itu). 

Pada keesokan hari, pihak media akan dibawa membeli belah di Harrods dan melawat kedai Louis Vuitton di New Bond Street di mana Pak Menteri J***l Keldai baru sahaja mengambil tempahan kasutnya pada 2 minggu yang lalu. 

bersambung....

Untuk acara tempatan, di ibu negara, Azeez juga akan menjemput pihak media untuk sesi dialogue di bangunan 13-tingkat di Bangsar South yang baru dibeli Tabung Haji pada 2012 dengan harga RM102 juta. 

Yang menarik tentang bangunan di Bangsar South ini ialah keputusan Tabung Haji untuk membeli hartanah itu walaupun penyewa utama akan tamat kontrak menyewa pada 2014.

Mungkin pada masa sesi soal jawab dengan pihak media nanti, Azeez akan mendapat ilham untuk menjawab segala teka teki yang tersurat dan tersirat. 

Azeez juga akan berkongsi dengan pihak media segala pulangan pelaburan dari kesemua pelaburan yang dibuat oleh Tabung Haji dari ekuiti, pendapatan tetap, perladangan, IT dan hartanah. 

Pada sesi ini, pihak media akan dapat melihat betapa hebatnya Tabung Haji dalam memastikan semua pelaburan berjaya memberi pulangan yang memberangsangkan. 

Pada acara kemuncak, Azeez juga akan menjelaskan keputusan Tabung Haji untuk memberi kontrak baik pulih (renovation) 3 tingkat di Bangunan HQ Jalan Tun Razak kepada anak syarikat*** (S**i L**ana Sdn Bhd) tidak ada kena mengena dengan jawatan beliau sebagai ahli Pengarah.  

Tetapi kerana kelulusan MBA beliau yang begitu prestij dari universiti terkemuka di Amerika Syarikat. 
.
Maka itu, tidak hairan jika segala p**********n untuk melobby kontrak tersebut akan dit*****ng 100% oleh Tabung Haji.
.
Untuk membuktikan ketelusan Tabung Haji dan komitmen penuh beliau sebagai Pengerusi yang berwibawa dan prihatin, Azeez akan mengumumkan wakil-wakil pendeposit Tabung Haji akan diberi beberapa kerusi tetap di ahli lembaga pengarah dan panel pelaburan. 

Jika syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia akan mengadakan AGM setiap tahun, Tabung Haji akan mengada sesi “AGM” dengan pendeposit-pendeposit Tabung Haji pada setiap penggal untuk memberi maklumat terkini operasi dan untuk mendapat maklum balas dari pendeposit-pendeposit dari masa ke semasa.
.
Azeez akan juga mengesahkan bahawa ahli perniagaan tersohor, @h@ik @km@l @h@ikh @l@udin (rakan karib Kalimullah Hassan dan Nor Mohamed Yakcop) tidak mempunyai sebarang kuasa untuk mempengaruhi CEO I***e bagi mendapatkan projek2 lukratif dan pelaburan yang akan dibuat oleh Tabung Haji di dalam dan luar negara.

Lawatan ke Arab Saudi, London dan sesi dialog di Bangsar South ternyata akan memberi peluang kepada Tabung Haji untuk berkongsi idea, strategi dan rancangan masa depan pihak pengurusan yang begitu professional demi memberi perkhidmatan yang terbaik kepada pendeposit2 dan bakal2 jemaah sekalian. 

Pasti pihak akhbar, media dan bloggers jemputan tidak akan melepaskan peluang keemasan ini.

Sekian Terima Kasih.

My comments : There are plenty of persistent rumours about Tabung Haji in the market. The rumours are not good.  And they have been around for a long time. 

Here is one taken from The Mole dated April 20, 2012 which quotes well known whistle blower Blog Another Brick In The Wall.

Still looking for answers  :   The blogger questioned the decisions and actions of Tabung Haji’s CEO, Datuk Ismee Ismail, as well as his background and business links, and said there were many rumours about him that persist.

“The story of leakages in Tabung Haji's Investment Department is an open secret in the market,” the blogger wrote. “It has been going on in perpetuity, as far as many in the market can remember.”


“There is a high level of distrust in Tabung Haji's investment decisions,” he added. “That is reflected in the uproar over the intention to list TH Plantation in 2005. It raised lots of suspicion.”

The CEO is known to drive an Italian sports car (a Ferrari or a Lamborghini).  First of all it is not a crime for the CEO to own a Ferrari or a Lamborghini. 

However considering that Tabung Haji has been set up to manage the funds of very poor people (farmers, rubber tappers, small holders) who save up their money for years to go on the pilgrimage to Mecca it just does not go down well that Tabung Haji is using part of their hard earned money to pay the CEO to buy a Ferrari or a Lamborghini.

Tambah lagi CEO Tabung Haji tak payah kerja keras pun. CEO tak ada otak pun tak apa. Why? Because Tabung Haji does not operate in the open market. 

Tabung Haji is a a huge monopoly - protected by various acts and laws as well.  It is actually a quasi Government owned body - set up by the Government.  Tabung Haji does not really have to borrow funds or raise funds in the market to fund its operations. Every month Tabung Haji collects millions of Ringgit from the pious and the faithful and hopeful pilgrims who put their hard earned money in Tabung Haji with the hope of making the pilgrimage to Mecca. Tabung Haji has funds and assets in excess of RM25 Billion.  The CEO needs some brains how to invest this money and manage it carefully. Apa susah sangat?

Why would Tabung Haji buy real estate in London is mind boggling.  But I think I have solved part of the mystery. 

Looking at past deals where Arabs have ripped off bodoh locals, I think there maybe Arab middle men involved.  Middle men of course make commissions. Especially Arab middle men. 

Clever Arabs have come to realise that Malaysia is a country with a lot of money managed by people who are either plain stupid or just not very clever.

Hence we have seen clever Arabs ripping off hundreds of millions of Ringgit from the not so clever or plain stupid Malaysians who were put in charge of the early stages of the Medini development in Johor. Ingat lagi tak?

Often these clever Arabs are assisted by equally clever 'Arab bungkus' and 'mamak bungkus' who play the essential role of 'commission agents'.  Dia mesti ada 'local collaborator' - gunting dalam lipat, musuh dalam selimut. 

Here is something I picked up on the net (from that link given in the Pendeposit Tabung Haji's letter) : 

Gatehouse Bank plc, a Kuwaiti-owned wholesale Shariah compliant investment bank based in the City of London, has completed the £165m acquisition of ...10 Queen Street Place in London, in collaboration with a flourishing Malaysian Sovereign Wealth fund.

Ayoyo? Yennadey ?? Kuwaiti owned investment bank ?? Acquired £165m building in collaboration with a flourishing Malaysian Sovereign Wealth fund ??  Was that Tabung Haji? Can Tabung Haji confirm or deny this? 

And I have another question to ask Tabung Haji. In all these billions of Ringgit worth of real estate investments in London, how much commissions has Tabung Haji paid to the middle men, the real estate agents, the brokers or whoever. Takkan tak ada broker? Jangan temberang brader. 

And who were the vendors? Are there any Arab owned companies involved? Or are there any collaborations with Arabs? Bukan saya tak suka Arab (atau saya suka depa pun) but too many times the Arabs have liwatted our local corporate dunggus.  Including the dunggus at 1MDB.  Ingat lagi tak?

So we need bits of information like this. 

Kalaulah Tabung Haji belanja duit bapak CEO dia atau duit bapak Chairman dia, kita tak kisah lah. Tapi ini duit orang miskin lah bro. Penoreh getah, peneroka Felda, petani, nelayan, pelayan. And the questions raised by Pendeposit Tabung Haji are relevant.  Boleh tak Tabung Haji tolong jawab. 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.