`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Sunday, July 7, 2013

Tragis & Memilukan!! (Gambar2) Kemalangan Ngeri Meragut Dua Nyawa Di Jalan Sedaka Akibat Jalan Berlubang Dan Tidak Sempurna.. AL-FATIHAH



Kemalangan ngeri ini berlaku di Km.32 Jalan Ulu Sedaka - Simpang 4 Sedaka berdekatan rumah Umar, lebih kurang jam 2.30 petang, 6hb Julai 2013 dan meragut dua nyawa. Perlanggaran dua motosikal yang ditunggangi oleh allahyarham Saad bin Dahaman (dikenali dengan pakcik Ad Aruah) dikatakan mengelak lubang besar dan bertembung dengan motosikal Allahyarham Saudara Nizam, bekas guru di Pusat Giat Mara Yan.






Kemalangan ini menyebabkan kedua-duanya meninggal dunia. 


Isteri allahyarham Cikgu Nizam (baju merah) menanti jenazah 
di bilik mayat hospital Yan untuk disempurnakan

Allahyarham Cikgu Nizam meninggal seorang balu, dan dua anak yang masih kecil. 

Jenazah Allahyarham Saad telah dikebumikan malam tadi di tanah perkuburan Al-Thohiriah, Sungai Lentang Mukim Dulang. Manakala Jenazah Cikgu Nizam Akan dikebumikan pagi ini.


Allahyarham pakcik Saad (Dalam bulatan) hadiri mesyuarat 

Menurut Saudara Haji Abdul Aziz Abdullah, Allahyarham pakcik Saad dalam perjalanan untuk mengambil udang yang merupakan rutin hariannya berniaga udang di simpang jalan Kota Sarang Semut berhampiran Kuala Sala. Pada sebelah paginya beliau bersama penduduk menghadiri mesyuarat Agung PAS cawangan. Allahyarham juga juga turut serta sembahyang zohor berjemaah di Masjid At-Thohiriah.



Rata-rata penduduk memohon jasa baik pihak berwajib untuk meratakan kembali jalan ini agar sempurna. Akibat jalan berlubang banyak kemalangan telah berlaku di sini, rentetan itu kelmarin adalah kemalangan yang begitu tragis yang melibatkan dua nyawa menjadi korban. Isteri kehilangan suami, anak menjadi yatim.

Kepada ahli parlimen kawasan ini, Mejar Jeneral Dato' Seri Jamil Khir Baharom dapatlah membantu menangani permasalahan ini secepat mungkin.

Didoakan semoga roh keduanya dicucuri rahmat dari yang maha Esa dan di tempatkan dikalangan mereka yang beriman.

Admin: Diucapkan terima kasih kepada Tuan Haji Abdul Aziz bin Abdullah dan juga rakan Facebook iaitu ajib.najiebPakndak HalimNiedduf Fiera



Allahyarham Pakcik Ad dikebumikan malam tadi




No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.