`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Saturday, July 20, 2013

UITM BAKAL MEMBAYAR HUTANG RM1 JUTA SETIAP HARI KEPADA SYARIKAT PFI UNTUK BINA 6 KAMPUS (VIDEO RAFIZI).

Fast forward ke minit 12.00. Di situ Rafizi bangkitkan isu PFI UiTM.

Terima Kasih Rafizi. Teruskan bongkar!!!!!





Kiraan perbelanjaan bayaran balik hutang UiTM dalam projek mengikut kaedah Private-Finance Initiative (PFI):

Menurut Rafizi, jika diambil contoh, Kampus Tapah.

Sewa tahunan: RM57,000,000.00 (RM57 juta).
Jika membayar sewa selama 23 tahun, jumlah bayaran balik ialah: RM57,000,000.00 x 23 = RM1,311,000,000 (RM1.3 billions).
Jika 6 kampus menggunakan kaedah yang sama, jumlah bayaran balik ialah: RM1,311,000,000.00 x 6 = RM7,866,000,000.00 (RM7.7 billions).

Harus diingat, kos pembinaan kampus UiTM Tapah ialah RM285,000,000.00 (RM285 juta) sahaja. Namun, seperti yang didedahkan sendiri oleh Pengerusi Menang Corporation, kos pembinaan kampus UiTM Seremban jauh lebih tinggi, iaitu RM300,000,000.00 (RM300 juta):

MENANG CORP

Kos pembinaan kampus Pasir Gudang pula ialah RM308,000,000.00 (RM308 juta):

SUMBER UTUSAN

Dengan itu sudah tentu perbelanjaan bayaran balik lebih tinggi berbanding kampus Tapah.

Justeru, tidak hairan jika pembinaan kaedah PFI digunakan untuk 6 kampus, anggaran perbelanjaan  bagi membayar hutang UiTM boleh mencecah sebanyak RM360,000,000.00 (RM360 juta) setahun, iaitu hampir RM1,000,000.00 (RM1juta) setiap hari.

Jika RM360,000,000.00 x 23 tahun = RM8,280,000,000.00 (RM8.3 billions).

Sedangkan menurut kata Menteri Pengajian Tinggi, kos pembinaan 6 kampus UiTM ialah RM1.8 billions sahaja.

UiTM akan menjadi universiti paling terbilang kerana banyak hutang.
Jangan fikir UiTM takkan naikkan kos pengajian. 

Kalau UiTM tidak naikkan kos pengajian, dari mana dapat duit bayar hutang, kalau bukan dari pembayar cukai?

Rakyat mohon pencerahan dari pihak yang berkenaan.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.