`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Sunday, January 5, 2014

JAIS BAKAL KENA SAMAN LAGI?

Berikutan serbuan JAIS ke atas beberapa gereja yang menggunakan kalimah ALLAH di Selangor baru-baru ini, banyak pihak mempertikai kuasa JAIS untuk berbuat demikian.

Dalam serbuan itu JAIS dilaporkan merampas beratus-ratus naskah bible daripada gereja yang diserbu.

JAIS merampas 300 bible yang berjudul Al Kitab dan Bup Kudus dari Persatuan Bible Malaysia.

Menyedari bahawa mereka tiada kuasa berbuat demikian, JAIS enggan memberi komen apabila ditanya kuasa mereka ke atas bukan Islam di negara ini.

Pengarah JAIS Ahmad Zaharin Mohd Saad enggan memberi komen apabila ditanya MalayMail online tentang undang-undang yang memberi kuasa kepada JAIS untuk melakukan serbuan dan merampas buku-buku berkenaan.

JAIS pernah disaman kerana merampas buku terbitan syarikat Merpati Jingga pada 30 Januari 2013.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.