`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Wednesday, January 29, 2014

NAJIB MENGELUPUR - TEMUI PENYOKONG MALAM INI GARA-GARA DISERANG MAHATHIR


TMI melaporkan bahawa Najib akan menemui para penyokongnya pada malam ini untuk menerangkan situasi yang dialaminya berikutan serangan bertali arus DR Mahathir.

Berita ini menunjukkan nasib Najib kini tidak menentu. Pengalaman Abdullah Ahmad badawi membuatkan Najib panas pungkoq hingga meraban tak menentu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak malam ini memulakan langkah untuk mempertahankan diri daripada serangan pengkritik yang tidak henti-henti menyerangnya sejak bulan lalu selepas pemilihan Umno pada Oktober. 
The Malaysian Insider difahamkan bahawa presiden Umno itu akan mengadakan pertemuan dengan ketua bahagian, pemberi pendapat dalam parti dan penyokongnya untuk menangani kritikan yang dilemparkan terhadap kepimpinannya oleh Tun Dr Mahathir Mohamad, Tun Daim Zainuddin dan beberapa veteran parti yang lain. 
Najib dijangka menggariskan apa yang beliau percaya sebagai motif di sebalik semua serangan di ruang siber, hampir serupa dengan kempen yang akhirnya menyebabkan Tun Abdullah Badawi melepaskan jawatannya pada 2009. 
Susulan daripada taklimat tertutup itu, pengikut setia Najib dijangka turun ke akar umbi dan menyebarkan pesanan PM untuk terus berjuang dan jangan menghiraukan sebarang kritikan.
Taklimat itu adalah tanda yang menunjukkan Najib dan barisan penasihat akhirnya menerima hakikat bahawa serangan bertubi-tubi dan berterusan terhadapnya adalah perkara yang serius serta memberi kesan terhadap pegangan kuasanya. 
Najib dilantik sebagai presiden Umno bagi penggal kedua selepas menang tanpa bertanding dalam pemilihan parti dan hampir semua orangnya berada dalam Majlis Tertinggi Umno, tetapi itu tidak menghentikan kritikan yang menggunung mengenai kepimpinannya.
Sementara itu Rafizi Ramli dalam penjelasannya terhadap perletakan jawatan ADUN Kajang bagi memberi laluan kepada DSAI bertanding di sana turut menyebut tentang usaha besar-besaran untuk menyingkirkan Najib dari jawatan PM.
"Sudah menjadi rahsia terbuka langkah untuk menyingkirkan Najib kini bermula.
"Sebagai seorang anggota strategi parti, saya tidak boleh menolak kemungkinan Najib disingkir dan Umno jatuh kepada kem ultra Dr Mahathir," katanya dalam satu kenyataan hari ini. 
Rafizi membayangkan perkara lebih buruk berlaku sebaik usaha tersebut berjaya kerana usaha untuk merampas negeri Selangor akan dilakukan sedaya upaya sebaik sahaja Najib tersingkir 
"Serangan dan rancangan tidak bermoral untuk sedaya upaya merampas Selangor akan bermula selepas Najib yang lemah disingkirkan," katanya. - tmi

Selagi umno yang memerintah, siapa PM pun sama saja. Kekayaan negara dikutip untuk buncitkan perut kroni. Kepincangan pentadbiran akan terus berlaku. Pembaziran wang rakyat jadi darah daging mereka.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.