`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Thursday, January 30, 2014

Komen Zel Fithry timbulkan kemarahan rakyat Sabah

Berita

Rakyat Sabah dan Sarawak memberi komen mengenai hal ini dan meminta tindakan drastik diambil.

KOTA KINABALU: Komen terbuka seorang pengguna Facebook yang dikenali ‘Zel Fithry’ dari Semenanjung mendatangkan ketidakpuashatian kepada penduduk Sabah.

Isu timbul apabila ‘Zel Fithry’ mengumpamakan penduduk Sabah seperti ‘babi’ dan memalukan Malaysia mengenai isu yang mengaibkan seperti pencerobohan Sulu.

Sementara itu, rakyat Sabah dan Sarawak memberi komen mengenai hal ini dan meminta tindakan drastik diambil.

“Buat lebih banyak laporan Polis, semua badan bukan kerajaan (NGO) perlu tampil dan yang penting paksa wakil rakyat turut membuat laporan, tunjukkan bahawa seseorang tidak boleh sesuka hati mengeluarkan kenyataan tanpa asas,” ujar Adrian Kodili

Han Raffee pula berkata, “Inilah generasi baru hasil pembuatan projek IC untuk mengekalkan kuasa Tun Mahathir 20 tahun yang lepas.”

“Tindakan perlu diambil ke atas individu ini dan yang sepertinya kerana boleh merosakkan intergrasi nasional,” tambah Deliz Stanis

Laporan polis sudah dibuat di Balai Polis Kota Belud semalam mengenai penghinaan terbabit.

FMT mencari komen Zel Fithry tetapi didapati akaunnya sudah dipadam.


Tinjauan mendapati semangat ’1Malaysia’ semakin pudar dalam kalangan penduduk Borneo dan Semenanjung disebabkan pelbagai isu.-fmt 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.