`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Thursday, January 9, 2014

Kisah Sebenar Pesawat Mewah Najib Terbongkar?..


Siapa kata Dr.Maza memfitnah? @drmazacom OLEH blogger Aku-Tak-PeduliKalau bukan macam dibawah, gambar macam di atas itulah agaknya keadaan dalaman pesawat yang disewa Kerajaan Malaysia dengan belanja ratusan juta RM?



Atau...

Macam kat bawah siap bawa Permata Negara sekali?


Aku petik penjelasan dari Admin Dr.MAZA.com berhubung kekecuhan berhubung bentuk ruang dalaman pesawat A320 yang disewa oleh Kerajaan Malaysia untuk kegunaan VVIP negara sementara semua pesawat milik kerajaan ketika itu sama ada sedang diselenggara atau dibaik pulih.

Semasa Dr.MAZA teruk dibelasah sahabat sahabat blogger pro-Umno sehari dua ni,hendak aje aku mencelah dengan fakta fakta saperti dibawah,tapi aku tangguhkan niat aku itu kerana yakin pihak admin tweeter dan blog dan FB Dr.MAZA pasti akan melakukan research mereka sendiri,dan alhamdulillah mereka menjumpai jawapan mereka saperti dibawah.

Kepada mereka yang tak berapa familiar dengan industri penerbangan mungkin mudah saja untuk menuding jari kearah Dr.MAZA dan mengatakan beliau "ULAMAK KAKI FITNAH".Tapi pada yang biasa dan tahu akan industri ini ianya bukanlah satu "rahsia" yang hanya boleh diketahui pihak pihak tertentu sahaja.

Lama sebelum kekecuhan terbaru ini aku pernah keluarkan satu artikel (sekitar Nov 2012) tentang Pesawat Pesawat Eksekutif Milik Kerajaan Malaysia dan aku ada "hint" di situ bagaimana cara untuk kita "track" setiap penerbangan yang dilakukan pesawat pesawat ini...

Kemana?
Oleh siapa?
Berapa lama?
Resmi atau tidak?
Kalau resmi ada melencung kemana ke?
Kalau melancung pun ada melencung ke?
Dan macam macam lagi maklumat terperinci termasuk flight path dan cosign pesawat yang digunakan.

Jadi aku hanya tersenyum bila melihat Dr.MAZA teruk dibelasah sehari dua ini dan percaya jawapan akan beliau temui juga akhirnya saperti dibawah.Jadi kepada para sahabat bloggers pro-Umno sila baca penjelasan dibawah dengan hati terbuka dan berlapang dada..


Apakah DrMAZA.com menipu?


Adakah admin FB page DrMAZA.com silap dan menipu dalam isu gambar jet mewah kegunaan kerajaan pusat?

Beberapa hari yang lalu, DrMAZA.com telah memaparkan sebuah gambar hiasan dalaman sebuah jet peribadi yang telah disewa oleh kerajaan Malaysia bagi kegunaan Perdana Menteri. Entri FB Page beliau adalah seperti berikut:





Kemudian, beberapa blogger telah tampil ingin merubah fokus rakyat terhadap isu tersebut dan mendakwa DrMAZA.com telah melakukan fitnah dalam isu ini.



Persoalan?! Adakah benar beliau memfitnah dan tidak jujur membawa berita tersebut? 

Jawapannya, beliau hampir pasti tidak salah sekiranya orang ramai melakukansemakan terhadap laman web rasmi syarikat Comlux Aviation Services (CAS) di Malta. Ini kerana kerajaan Malaysia secara rekod menggunakan kapal terbang peribadi dan super mewah dengan CAS untuk kegunaan pimpinan kerajaan terutama Perdana Menteri dan isteri. Ini berdasarkan maklumat keluar masuk kapal terbang di KLIA, di laman web Flight Radar 24, Airbus ACJ320 (9H-AWK) melakukan penerbangan keluar terakhir pada 31 Disember 2013 menggunakan nama “NR2”.







Gambar diatas menunjukkan dua penerbangan NR2 (Najib Razak?), Perdana2 melakukan penerbangan. Manakala maklumat kecil disebelah kiri atas adalah maklumat jenis kapal terbang tersebut. Jenis kapal terbang tersebut adalah:





ModeS: 4D204F
Reg: 9H-AWK
Typecode: A320
Type: Airbus A320-214
Serial Number: 4199
Airline: Comlux Malta

Bagaimana untuk kita ketahui bahawa gambar yang diletakkan oleh DrMAZA.com tidak silap adalah dengan melihat katalog syarikat Comlux Malta (CAS). Bagi pengetahuan pembaca, pihak syarikat terbabit memaparkan dengan jelas bentuk luaran dan hiasan dalaman setiap khidmat kapal terbang yang ditawarkan oleh syarikat berkenaan. Maklumat dan latarbelakang syarikat ini adalah seperti berikut:


Comlux Malta Ltd
Valetta – Malta
With an Air Operator Certificate (AOC) in Malta since September 2008, Comlux benefits from being registered in a member state of the European Union, operating at the most important levels in terms of safety and quality. Its ideal location at the junction between Europe, Africa and Middle East gives Malta a strategic position for Comlux operations.
With a valuable legal system and a large network of well known banks, Malta is as well the country of establishment of Comlux Holding Ltd.
From Malta, Comlux takes care of Crew training, Flight Operations and CAMO support.
Address: Comlux Malta Ltd, Villa Margherita, Ta’Xbiex Terrace, Ta’ Xbiex Malta
Tel:+356 2385 0300
Fax:+356 2166 2284
Email: fly.malta@comluxaviation.com

Web: http://www.comluxaviation.com/portfolio/comlux-malta-ltd/




Semakan terhadap jenis kapal terbang yang disewa dan diguna pakai seperti didalam maklumat penerbangan diatas, boleh juga dilakukan. Malah, web tersebut membekalkan bersama gambar-gambar yang sama seperti yang dipaparkan oleh DrMAZA.com.

Rujukan web bagi maklumat pesawat (Reg: 9H-AWK, Typecode: A320)

(See:http://www.comluxaviation.com/resource/wp-content/uploads/2013/04/comlux-9H-AWK.pdf)



















Tambahan gambar-gambar mewah hiasan dalaman pesawat ini seperti yang ditunjukkan oleh laman web rasmi syarikat pembekal perkhidmatan pesawat dan jet mewah ini adalah seperti berikut:


(See: http://www.comluxaviation.com/portfolio/airbus-a320-9h-awk/)











Kesemua gambar-gambar mewah diatas adalah gambar yang asli dari laman web rasmi Comlux, syarikat yang bertanggungjawab membekalkan khidmat pesawat ini kepada pimpinan negara Malaysia.

Adakah ia mesti susunan dan hiasan dalaman yang sama?! Ini bukanlah satu isu yang besar, kerana sebagai contoh, apabila seseorang ingin menempah hotel, ia akan berpandukan kepada gambaran bilik yang telah dipaparkan oleh pihak hotel di web mereka.

Sekiranya blogger yang mendakwa ia adalah fitnah, maka seeloknya, pesawat sebenar yang digunakan oleh pimpinan kerajaan dan hiasan dalamannya dimaklumkan kepada umum sebagai langkah berani dan telus terhadap rakyat.

Maka, DrMAZA.com secara jelas tidak berbohong atau memfitnah. Seperkara lagi yang perlu diambil perhatian, Pejabat Perdana Menteri (PMO) TIDAK MENAFIKAN atau MENOLAK dakwaan bahawa inilah pesawat yang digunakan. Juga, mengikut beberapa maklumat yang diberikan oleh Malaysiakini dan diterbitkan semula oleh Malta Independent penggunaan pesawat ini selama hanya SATU JAM memakan belanja duit rakyat sebanyak US$8,350.31 ( atau RM27,501.75).
(See:http://www.independent.com.mt/articles/2014-01-05/news/malaysian-pm-jetting-around-in-new-luxury-aircraft-registered-in-malta-3604283392/).

Sememangnya ia adalah satu fakta dimana jumlah pembayaran sebanyak itu diperlukan bagi setiap jam penyewaan pesawat tersebut. Buktinya:







See more: 
http://www.comluxaviation.com/resource/wp-content/uploads/2013/05/A320%20BJT%200612.pdf 

Pada persidangan parlimen 7 November 2013 yang lalu, Parlimen diberitahu bahawa kerajaan membelanjakan RM 14.95 juta untuk minyak penerbangan VVIP negara dengan kos penyelenggaraan sebanyak RM 160.08 juta.

Maka, diharapkan agar anda tidak tertipu dengan cubaan sesetengah blogger untuk mengubah perhatian rakyat terhadap gaya mewah pemimpin negara dan perbelanjaan tidak-masuk-akal oleh mereka!


Terima kasih.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.