`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Tuesday, January 14, 2014

Rakyat Malaysia diKangkungkan.

Rakyat Malaysia dikangkungkan: penebangan hutan paling dasyat di Malaysia. 
Harga barang naik, Allah yang tentukan. Banjir berlaku Allah juga yang menyebabkan. Maka, boleh kita salahkan Allah?  Menyalahkan Allah, Allah juga yang menyebabkan nya? Jika kita tdak salahkan kerajaan, kita nak salahkan siapa lagi? Cuba Dato Najib terangkan.
Dato Najib ambil contoh kangkung sebagai bukti ada harga barang yang turun. Najib mahukan pujian kerana harga sayur kangkung turun. Gimmick Najib melahirkan respons negative yang banyak. Jangan kita hairan puak UMNO mengadakan demonstrasi berguling mempertahankan presiden mereka yang kangkung itu. Nyatalah, sementara presiden UMNO bertaraf kangkung, rakyat pula tidak mudah dikangkungkan.
Professor Ungku Aziz seorang yang paling awal menilai pandangan dan pemikiran Zaaba menulis dalam Facebook beliau:-
Pucuknya angkuh memanjat bukit,
tak sedar akar terendam air parit,
rakyat mengeluh lelah dan sakit,
sedikit diberi banyak diungkit..

Pucuknya angkuh memanjat bukit,
Tak sedar akar diair parit,
Bagaikan melepas anjing tersepit,
Dah jadi pemimpin , rakyat digigit.

Rakyat dikangkungkan mengenai punca banjir.
Minggu lalu saya bertemu dengan seorang rakan yang sekarang exco kanan negeri Pahang. Dia merupakan satu2 nya calun UMNO yang menang di Kuantan. Yang lain semua kecundang. Biasalah apabila sudah jadi exco nada cakap sedikit besar menunjukkan keyakinan dan jati diri. Tapi kita tahulah, dikalangan puak UMNO, keyakinan tersebut datang dari kedudukan dan jawatan. Sayang sekali, keyakinan tidak datang dari kehebatan penghujjahan.
Kami bercakap mengenai banjir yang menimpa Kuantan. Kuantan adalah daerah saya membesar dari umur 5 tahun sehinga saya menamatkan tingkatan 6. Walaupun saya lahir di Pekan Pahang, Kuantan merupakan kampong halaman saya.
Kami bercerita hal banjir yang melanda Kuantan. Kawasan Sungai Isap, kampong Belukar, Bukit Rangin, Cenderawasih, Taman Guru, semua dilanda banjir yang menyedihkan. Rata2 nya, mangsa banjr kehilangan semua.
Sebelum saya tanya lanjut, kawan saya itu mempertahankan mengenai banjir tersebut. Hendak buat macam mana.air naik secara mendadak. Persiapan untuk 30,000, mangsa 60,000. Ini kejadian alam. Kebetulan air laut pula pasang tinggi. Maka air tak dapat pergi kelaut mengakibatkan banjir yang dasyat. Benteng sungai Isap pecah. Ini sebab sebenar banjir tekan kawan saya.
Biasalah, bila berdepan- kita menjaga air muka. Lagi pun verbal joustling tidak berguna. Dia pun belanja saya makan nasi dagang. Tidak manis kalau kita bertekak. Nanti saya menyebabkan belanja nya tidak ikhlas pula. Elok dia dapat pahala.
Tapi kalau hujjah nya diberi depan JKKK daerah Kuantan, mungkin ianya dapat diterima. Atau bercakap depan ajk cawangan UMNO lagi boleh diterima.
Hujan itu memang kejadian alam. Tapi banjir yang dasyat membayangkan bahawa langkah2 mengatasi banjir di Pahang lemah. Pengawasan terhadap pencabulan kawasan tadahan air tidak sedikit pun disentuh.
Kita hanya perlu pergi ke kawasan Sungai Lembing dimana air Sungai Kuantan bermula untuk melihat pembotakan dan pergondolan kawasan hutan. Kalau kita naik helicopter seperti yang selalu dilakukan oleh MB Pahang, maka kita mungin pengsan melihat penrogolan bersiri kawasan balak di Ulu Kuantan iaitu Sungai Lembing dan kawasan sekitar nya.
Banjir di Kuantan disebabkan pembalakan yang tidak lagi terkawal. Beberapa tahun lalu, ketika saya ADUN UMNO saya telah mencadangkan dalam DUN Pahang supaya membatalkan semua lesen pembalakan swasta. Sebabnya mereka lah yang mencuri kayu balak dan menebas hutan sewenang wenang nya tanpa terkawal. Yang lagi terror dikalangan pembalak ialah mereka yang menggunakan nama Sultan Pahang untuk merogol khazanah hutan kita.
Saya cadangkan hanya penebang bertauliah dan dilesenkan oleh kerajaan sahaja dibenarkan mengeluarkan balak. Balak2 tersebut hendaklah dikumpulkan dalam kawasan2 bonded area. Sesiapa yang didapati menebang hutan balak tanpa lesen dan tauliah kita dijelkan. Hanya yang dilesenkan kerajaan sahaja yang dibenarkan. Dengan cara ini kita tahu siapa penceroboh. Di Thailand, pencoroboh hutan ditembak mati.
Apabila balak dihimpunkan dalam kawasan bonded area, semua yang berminat membeli balak untuk diproses dikilang2 mereka membeli nya disana dan membayar cukai ketika keluar gate kawasan bonded area. Tauke besar atau kecil semua ada peluang yang sama untuk beli kayu2 balak dari bonded area.
Mengapa kita lakukan begini? Pertama kita mengawal pencerobohan kawasan hutan. Kalau hanya pihak kerajaan sahaja yang berlesen untuk tebang pokok, maka semua pihak lain adalah penceroboh. Kecuali pihak kerajaan ada anasir2 yang menceroboh huan. Ini akan menyebabkan pemantauan lebih mudah dan murah.
Kalau balak hilang juga dan kawasan yang dilesenkan dicabuli, kita tangkap kontraktor dan ejensi yang dilesenkan. Kedua kita menyekat kebocoran revenue dari hasil hutan. Hasil cukai dikutip bila pembeli balak keluar dari gate bonded area. Revenue terus masuk dalam poket kerajaan.
Biasalah, pihak yang berkepentingan membisu apabila dikemukakan cadangan ini. Mana boleh terima- sumber mendapat wang ltambahan tertutup. Tauke2 pun tidak datang ke Pejabat Hutan beri ang pow. Pembalak besar akan melobi supaya kaedah pemberian lesen kepada pihak seperti status quo, mereka diteruskan.
Apa kaitan dengan banjir?
Jika air melempah kekawasan hilir Kuantan, ini membayangkan betapa banyak nya kayu2 balak telah ditebang. Betapa luasnya kawasan di Ulu Kuantan dirogol oleh pembalak2. Bayangkan ini- setiap batang pokok mampu menampung sebanyak 400 gelen air. Berapa ratus ribu pokok sudah diebang oleh pembalak2 yang tamak haloba yang menyebakan air di hulu tidak dapat disekat.
Jadi kepada kawan saya yang exco Pahang dan yang mungkin memasang cita2 hendak jadi MB, lain kali bila bercakap jangan ingat kita bercakap depan ahli JKKK atau ahli cawangan UMNO. Bukan semua audiens bodoh dan terikat hidung macam mereka.
Dan kurangkan main golf itu sahabat.

Posted by sakmongkol AK47

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.