`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Thursday, February 13, 2014

Dua Pemandu Teksi Warga Asing Miliki MyKad

BeritaKAJANG 12 Feb. – Dua daripada tiga pemandu teksi warga Pakistan yang ditahan dalam operasi membanteras pemandu teksi warga asing oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dikatakan memperoleh MyKad mereka di Sabah melalui seorang rakan.

Malah, seorang daripada mereka yang didakwa berusia 55 tahun melalui tahun lahir di MyKadnya, mempunyai gambar yang amat berbeza iaitu jauh lebih muda daripada gambaran sebenar.

Lebih menghairankan, MyKad lelaki yang dikatakan berasal dari Pakistan itu adalah MyKad baharu yang dilancarkan awal Januari 2012 yang dikatakan mempunyai ciri-ciri tambahan lebih baik termasuk ‘ghost image’ melalui teknologi turisan laser berbanding MyKad versi lama.

Ketika diasak penguat kuasa SPAD mengenai keadaan yang mencurigakan itu, lelaki berkenaan tetap mempertahankan beliau adalah warganegara Malaysia walaupun mengatakan dia hanya tiba di negara ini pada 1986.

Ironinya, lelaki berkenaan ‘terpaksa’ dilepaskan selepas pemeriksaan oleh petugas Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) terhadap MyKad versi baharu itu mempunyai data lengkap di pusat maklumat utama JPN.

Sementara dokumen pengenalan sementara seorang lagi pemandu teksi yang dikatakan warga asing itu telah dirampas JPN ekoran dia dikatakan telah disenarai hitam.

Kedua-dua mereka tidak ditahan oleh SPAD dan terpaksa dilepaskan ekoran mempunyai segala dokumen yanjg diperlukan oleh suruhanjaya berkenaan.

“Apa pun keadaannya, kami akan tetap dan terus mengadakan operasi membanteras pemandu teksi warga asing yang ada di Kuala Lumpur.

“Malah, kita juga sudah mengenal pasti beberapa lokasi panas dan akan bila-bila menahan mereka daripada terus beroperasi.

“SPAD tidak mempunyai hak untuk mempersoalkan mengenai dokumen pengenalan diri mereka dan hanya JPN dan juga Jabatan Imigresen yang boleh mengambil tindakan, tapi soal teksi, kita tidak akan berkompromi.

“Jika kita mempunyai fakta kes, bukan hanya pemandu itu yang boleh dikenakan denda, malah teksi berkenaan boleh disita dan syarikat yang menggaji mereka juga boleh dikenakan tindakan keras dan denda,” kata Ketua Bahagian Penguatkuasa SPAD, Mejar Jeneral (B) Datuk Paduka Che Hasni Che Ahmad selepas mengetuai operasi membanteras pemandu teksi warga asing dan ingkar peraturan di R&R Bukit Dukong, di sini hari ini.

Pada operasi bersepadu yang dijalankan selama sejam bermula pukul 11 pagi itu, 13 pemandu teksi tidak menggunakan guna meter, dua pemandu teksi yang menetapkan tambang manakala tiga warga asing yang disyaki menggunakan MyKad palsu telah ditahan.

Operasi yang akan diteruskan hingga ke malam itu turut disertai 84 anggota dan pegawai SPAD, JPN dan Jabatan Imigresen. –utusan 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.