`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Friday, February 14, 2014

Gambar Neelofa Peluk Mat Said MB Terengganu cetus kontroversi


Mat Said hanya tersengih gembira apabila gambarnya dipeluk oleh pelakon sensasi Neelofa disebar di media sosial hingga mendapat kritikan ramai. Neelofa baru sahaja mendapat kritikan hebat para peminatnya akibat berpakaian seksi ketika Anugerah meleTop Era beberapa hari lalu.

Mat Said yang baharu sahaja kembali ke tanah air selepas melawat penguin di antartika menyatakan bahawa gambar itu adalah palsu.

Satu laman Facebook yang menggunakan nama dan gambar beliau telah dibuka dan menyebarkan gambar superimpose tersebut.

Ahmad berkata, perbuatan seumpama itu tidak ada tujuan lain kecuali untuk memburuk-burukkan reputasi dan merendahkan kewibawaan beliau di kalangan rakyat melalui lama sosial.
“Tahun lepas, saya dah tutup FB kerana saya bosan dengan apa yang berlaku. Tapi ada orang klon (gambar) guna nama saya. Kita dan check (periksa), satu didaftarkan di Singapura dan satu lagi daftar di US (Amerika Syarikat). 
“Pegawai kita dah buat penafian dan kita tiada lagi FB. Semua itu dilakukan pihak tidak bertanggungjawab dan saya senyum saja bila tengok gambar saya (dengan selebriti), saya gembira saja,” katanya berseloroh. - utusan online
Siapa pun yang buat kerja ini patut dikutuk. Jika berkelahi laki bini MB Ganu kita tu kerananya kelak, apa yang si pelaku itu dapat?

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.