`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Tuesday, February 11, 2014

‘Kalau nak jadi ADUN Kajang, lepaskan Permatang Pauh’

Penduduk Kajang memberi reaksi bercampur meskipun pemimpin PKR tersebut telah memulakan sesi perjumpaan dengan rakyat.
KAJANG:  Seminggu selepas tarikh penamaan calon dan tarikh mengundi diputuskan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), masyarakat di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang masih memberi reaksi yang neutral terhadap calon DUN ini, Datuk Seri Anwar IbrahimAnwar Ibrahim.
FMT telah berjumpa sebilangan kecil penduduk di Kajang untuk mengetahui harapan mereka sekiranya pemimpin PKR, Anwar berjaya menjadi ADUN pada bulan depan.
Ini kerana setakat ini Anwar merupakan calon yang paling menyerlah. MCA belum menamakan calon dan hanya akan bermesyuarat pada hari Ahad ini manakala calon-calon lain belum turun padang.
Pemimpin Umno Datuk Mohd Said Mat Saman berpandangan bahawa adalah lebih baik untuk Anwar melepaskan jawatan Ahli Parlimen Permatang Pauh sekiranya beliau berhasrat untuk berkhidmat demi penduduk. Kajang.
“Lebih baik Anwar letak jawatan kerana skop kerja seorang ADUN dan Ahli Parlimen berbeza.  Isu-isu yang dibangkitkannya pun isu nasional yang boleh dikemukakan di Parlimen.  Ia tidak perlu dikemukakan di peringkat DUN.
“Tugas sebagai ADUN lebih bersifat tempatan dan Kajang memerlukan seseorang yang turun padang dan menyelesaikan masalah seperti masalah banjir, kebakaran dan sebagainya,” katanya.
Ketua Umno cawangan Sungai Kantan itu berkata demikian ketika ditanya mengenai pembaharuan yang boleh dibawa oleh calon PKR DUN Kajang Datuk Seri Anwar Ibrahim merangkap Ketua Pembangkang dan Ketua Umum PKR.
“Apa yang kita lihat sekarang ialah Anwar mengejar batangnya sendiri. Sekejap mahu jadi Perdana Menteri, sekejap mahu jadi Menteri Besar,” tambah Said.
Bukan anak tempatan
Kelewatan Anwar menghadiri acara anjuran PKR di Kajang turut dikritik.
“Kalau adakan perjumpaan hi-tea untuk kumpulan sejumlah 50 hingga 60 orang, lebih baik duduk di rumah dan minum kopi saja,” katanya sambil merujuk kepada kelewatan Anwar dan bilangan penduduk yang menghadiri ceramahnya pada minggu lepas.
Sementara itu Tan, seorang pembantu jualan di sebuah kedai berkata bahawa dia tidak melihat sebarang perubahan dari sudut perniagaan.
“Isu harga barang naik ialah isu yang menyusahkan semua pihak.  Kami mempunyai sekumpulan peniaga setia yang mengunjungi kedai kami.  Saya tak mahu komen mengenai apa yang kita tidak dapat lihat,” katanya.
Pemandu teksi R Party Ban pula was-was samada kehadiran Anwar di Kajang akan membawa manfaat.
“Ramai berkata kehadirannya akan mengubah Kajang tetapi saya tak rasa begitu.  Perubahan tetap akan berlaku tidak kira samada calon tersebut ialah Anwar atau tidak.
“Anwar bukan anak tempatan.  Apa yang dibuatnya di sini?” tambahnya lagi.
Kerusi DUN Kajang kosong pada Jan 27 ekoran peletakan jawatan Lee Chin Cheh dari PKR. SPR menetapkan 23 Mac sebagai tarikh mengundi dan 11 Mac sebagai tarikh penamaan calon.  Pengundian awal akan dijalankan pada 19 Mac.
Kajang yang terkenal dengan satay mempunyai 38,965 pengundi berdaftar.  Dalam pilihanraya umum pada tahun lepas, sebanyak 87.9% pengundi melunaskan tanggungjawab mereka dan 541 rosak direkodkan.  Sejumlah 48% pengundi terdiri daripada masyarakat Melayu, 41% Cina, 10% dan 1% lain-lain.
Semasa PRU, Chin Cheh memperoleh undi undi majoriti 6,824 dengan 19,571 undi.  Lee Ban Seng dari MCA memperoleh 12,747 undi. Mohamad Ismail dari Berjasa mendapat 1014 undi.
Tiga calon bebas Mohd Iwan Jefry, Ong Yan foto dan Mohd Khalid Kassim masing-masing mendapat 249′ 85 dan 83 undi.
PRK ketiga
Kajang terletak di kawasan timur Selangor dan merupakan salah satu di dalam kawasan Hulu Langat dengan jumlah penduduk seramai 342,657. Dari jumlah ini, 60.4% ialah Melayu, Cina 19.3%, Ibdia 9.7% dan lain-lain seramai 10.6%.
Setakat ini hanya Anwar dan MCA telah memberi kata putus untuk bertanding.
Keputusan pilihan raya kecil ini tidak akan merubah kedudukan di dalam DUN Selangor kerana Pakatan Rakyat 44 daripada 56 kerusi Dun. Kerusi selebihnya dikuasai Umno.
PRK Kajang juga ialah PRK ketiga sejak PRU berlangsung dalam bulan. Mei tahun lalu. PRK pertama berlangsung di Dun Kuala Besut dalam bulan Julai dan diikuti dengan Dun. Sg Limai dalam bulan November tahun lepas.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.