`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Sunday, February 2, 2014

Kekasih rogol kekasih

Seorang wanita mendakwa menjadi mangsa rogol kekasihnya sendiri ketika dia bersendirian di rumahnya dekat Jertih pada Oktober dan Disember tahun lalu.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria berkata, dalam kejadian pertama berlaku semasa mangsa yang berusia 21 tahun berada di rumah keluarganya dekat Jertih dan mendakwa dirogol sebanyak dua kali oleh lelaki yang dikenalinya pada Oktober tahun lalu.

Menurutnya, semasa kejadian mangsa berseorangan di rumah tersebut apabila didatangi suspek dan perbuatan sama berulang di tempat sama pada Disember tahun lalu.

“Kejadian ini terbongkar selepas kakak mangsa menyedari perubahan diri mangsa dan dikatakan perbincangan telah dibuat antara kedua-dua keluarga untuk menyelesaikan kes ini,” katanya.

Kamaruddin berkata, mangsa memberitahu walaupun dua kali perbincangan dilakukan, suspek enggan bertanggungjawab di atas perbuatannya.

Menurutnya, kes ini disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol dan usaha mengesan suspek sedang dijalankan.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.