`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Thursday, February 13, 2014

KELAR ISTERI, SUAMI DIPENJARA 8 TAHUN



Rasah - Perbuatan kejam seorang penganggur mengelar wajah dan tubuh isterinya menggunakan pisau lipat hujung tahun lalu membawa padah apabila dia dihukum penjara lapan tahun dan sebatan tiga kali oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini. 

Mas Nurazslan Abdoll Mulop, 30 mengaku bersalah atas tuduhan dengan sengaja menyebabkan cedera parah terhadap Nor Haffazalina Mohd., 30.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam bela memohon mahkamah meringankan hukuman dengan alasan dia menanggung dua anaknya yang masih bersekolah dan berjanji tidak akan mengulangi kesilapan sama.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Mohd. Farid Mohd. Mokhtar memohon tertuduh dikenakan hukuman berat selepas mengambil kira perbuatannya yang kejam sehingga menyebabkan trauma dan kecacatan pada wajah isterinya.

"Perbuatan itu menyebabkan saya trauma kerana saya hampir mati. Saya hilang keyakinan diri untuk tampil di khalayak," kata wanita itu dalam satu kenyataan.

Sumber: Utusan Malaysia (PDRM FB)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.