`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Friday, February 14, 2014

KERANA GAMBAR SUPERIMPOSE INI MB TERENGGANU TAMPIL MEMBERIKAN PENJELASAN SEBENAR.



KUALA TERENGGANU - Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said semalam, kecewa apabila kemudahan teknologi maklumat disalah gunakan pihak dan individu tertentu bertujuan untuk membuat fitnah dan mengaibkan orang lain.

Beliau melahirkan kekecewaan itu apabila sekali lagi menjadi mangsa fitnah trend super impose bersama seorang pelakon wanita, dramatis dan pengacara terkenal tanah air, Neelofa Mohd Nor yang menggunakan identiti beliau sebagai pemilik di Facebook.

Ahmad ketika ditanya pemberita berhubung perkara tersebut, menafikan akaun itu adalah miliknya, dan ia merupakan satu lagi fitnah yang tidak berasaskan ke atas dirinya yang dilakukan oleh individu tidak bertanggungjawab.

“Tahun lepas, saya telah tutup akaun Facebook saya kerana sudah bosan dengan apa yang berlaku (fitnah). Tetapi masih ada lagi yang klon akaun dengan menggunakan nama saya mendaftar dalam laman Facebook.

“Sebelum ini, apabila kita check, ia (Facebook) didaftarkan di US dan Singapura. Tindakan tidak boleh dibuat. Pegawai saya juga telah membuat penafian sebelum ini, bahawa saya tiada akaun (Facebook).

“Semua itu dilakukan pihak tidak bertanggungjawab dan saya senyum sahaja bila tengok gambar saya (dengan Neelofa),” katanya yang sempat berseloroh kepada media selepas Majlis Perasmian Karnival ICT Terengganu di Pusat Dagangan Terengganu, (TTC), di sini, semalam.

Tahun lalu, Ahmad telah membuat laporan polis berhubung laman Facebook palsu yang menggunakan identiti beliau sebagai pemilik.

Laporan dibuat kira-kira pukul 10.15 pagi pada 17 September itu dibuat oleh Setiausaha Akhbar beliau, Rosli Zakaria di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu.

Menurut Rosli yang dipetik berkata, Facebook yang dipalsukan itu lebih kepada penyamaran dan segala maklumat yang dimuat naik dalam akaun itu tidak benar dan lebih parah, ia menimbulkan kekeliruan rakyat di negeri ini.

Rosli memberi contoh pengumuman cuti tambahan selepas cuti Hari Malaysia yang dimuat dalam Facebook itu dan dikesan pihak pejabat Menteri Besar.

“Perkara ini tidak benar sama sekali dan mereka yang tidak bertanggungjawab itu perlu disiasat dan dikenakan tindakan tegas oleh pihak berkuasa.

“Penyamaran diri sebagai menteri besar di laman sosial ini dan fan page Facebook tersebut telah memanipulasi maklumat pentadbiran kerajaan sehingga mengelirukan rakyat,” katanya selepas laporan itu dibuat di IPD Kuala Terengganu.

Mengenai akaun Facebook terbaharu itu, Ahmad bagaimanapun tidak mahu mengambil serius mengenainya apabila ditanya tindakan yang bakal diambil terhadap mereka yang tidak bertanggungjawab terbabit.

MOHON SANGAT-SANGAT AGAR CARA INI DI HENTIKAN SEGERA.
 .. OMAK KAU AMAT-AMAT TIDAK SETUJU MENYERANG PIHAK LAWAN DENGAN MENGGUNAKAN AKAUN DAN GAMBAR YANG DI PALSUKAN.

TIDAK LANGSUNG MEMBERI UNTUNG JIKA MEMPERLAKUKAN SEBEGINI RUPA.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.