`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Wednesday, February 12, 2014

MANA PERGI SUARA-SUARA BERJIWA SUCI MURNI ANTI PEMBAZIRAN???????


Mengapa apabila berlakunya perletakkan jawatan DUN N25 Kajang sehingga membawa kepada suatu PRK maka riuh rendah gegak gempita hiruk pikuk beberapa rakyat yang memegang prinsip suci murni anti pembaziran membantah dan mengutuk keras tindakan tersebut sebagai pembaziran wang rakyat semata-mata untuk menyelesaikan masalah dalam parti KEADILAN.

Yang ini apa cerita .. bukankah bakal diadakan suatu PRK demi menyelesaikan masalah peribadi seorang pemimpin?

Mengapa senyap sunyi sepi tergigit lidah bisu terkedu????? .. MENGAPA????

Bersuaralah sikit ... cakaplah Taib Mahmud khianati kepercayaan rakyat? .. Cakaplah taib Mahmud bernafsu besar gila kuasa.



Tan Sri Adenan Satem akan mengambil alih jawatan ketua menteri Sarawak daripada Tan Sri Abdul Taib Mahmud.


Perkara ini diumumkan Taib selepas menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada Yang DiPertua Negeri (TYT) Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng hari ini.



Jika spekulasi ini benar, Taib perlu mengosongkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Balingian dan Pilihan Raya Kecil perlu diadakan di kerusi itu.


Adenan merupakan menteri tugas-tugas khas Sarawak dan juga ketua penerangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB).


Taib memimpin Sarawak selama 33 tahun dan berkhidmat dengan semua perdana menteri Malaysia bermula sejak zaman perdana menteri pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al -Haj.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.