`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Tuesday, February 11, 2014

Mcdonald Tarik Semula Iklan Kangkung - Nampak Sangat Alasan Mcdonald Alasan Penipu..

Kepala hotak Soz Cyili

Korang percaya ke dengan kata2 syarikat mekdi mengenai alasan dorang kenapa dorang tarik balik iklan kat bawah neh hah?


Baca alasan dorang dulu ;
McDonald's Malaysia menarik semula iklan yang dilihat mempermainkan kenyataan kontroversi 'kangkung' oleh perdana menteri.

Rangkaian makanan segera popular itu memberitahu Malaysiakini yang iklan tersebut sebenarnya "tidak diluluskan" dan terlepas daripada saringan rasmi.

"McDonald's Malaysia ingin menjelaskan bahawa visual yang dihasilkan itu terlepas ke restoran-restoran kami akibat kesilapan komunikasi.

"Semua bahan ini telah ditanggalkan," kata rangkaian restoran itu dalam kenyataan mereka.

Bahan iklan itu yang mula dikesan di meja-meja restoran McDonald's di sekitar Lembah Klang adalah sebahagian daripada kempen pemasaran McSavers.

Ia berbunyi seperti berikut:

Harga sayur tidak turun tapi harga burger tetap turun

Ia ditanggalkan beberapa hari kemudiannya.

Ayat dalam kempen itu dilihat merujuk kepada kenyataan Datuk Seri Najib Abdul Razak yang mendakwa harga kangkung sudah berkurangan.

Kenyataan itu yang dibuat Najib bagi menggambarkan bagaimana turun naik harga barang berlaku kerana faktor luaran dan bukannya dasar kerajaan, diperlekehkan oleh orang ramai. -MKINI-

Wahai Mcdonald's Malaysia ;

1. Sudah2 la nak memperbodohkan rakyat Malaysia.

2. Iklan tak lepas saringan rasmi? Ko ingat mekdi neh syarikat cikai2 ka dia punya prosuder marketing? Ketat woo. Nak bagi alasan macam orang Malaysia neh bangang sangat konon.

3. Cakap aje la iklan tersebut mendapat teguran dari pihak kerajaan kita..

4. Maka nak, taknak mekdi terpaksa la tarik semula..

5. Kalau tidak lain jadinya..

6. Mekdi syarikat yang tawarkan makanan segera tak sepatutnya mengambil kesempatan untuk memperlekehkan kepimpinan negara.. mungkin itu antara yang diutarakan dalam mesyuarat2 dalaman korang..

7. Ada benarnya juga point tersebut..

8. Mekdi patut dilihat non partisan dan non political..

9. Namun mekdi segan2 pula nak mengaku yang dorang dapat warning dari pihak2 tertentu.

10. Alasan iklan tak lepasi saringan rasmi konon? My foot la. Orang bangang aje percaya alasan korang.

Wakakaka.. 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.